Thursday, September 17, 2009

Akar Bahar Vs Ular Cintamani

Posting ini sekadar untuk berkongsi pengetahuan dengan pengunjung blog kayudanteras. Untuk pengetahuan semua akar bahar atau di Indonesia dikenali sebagai kayu uli-uli sebenarnya adalah sama dengan kayu ular cintamani. Kenapa sama? Betul ke?


Akar bahar yang asli sebenarnya adalah pokok yang hidup dilautan dan merupakan daripada jenis pokok karang yang hidup didasar laut. Terdapat beberapa warna seperti hitam, putih dan merah. Warna putih amat jarang ditemui. Warna hijau juga terdapat tetapi tidak dikepulauan dan lautan di Malaysia (hanya di Sulawesi dan New Zealand) Pokok yang asli mempunyai sisik diluarnya dan justeru itu dinamakan Ular Cintamani. Sekiranya sisik itu dibuang dan menjadi seperti kayu maka para penjual barangan mistik akan memanggilnya Akar Bahar (biasa dibuat gelang).

Kenapa jadi begitu? Biasa la..untuk mengklasifikasi barangan dan harga sudah tentu akan berlainan.. Secara ringkasnya akar bahar dan ular cintamani adalah daripada pokok yang sama. Kepada penjual barangan mistik diluar sana..jangan marah....sekadar berkongsi ilmu ALLAH swt.

Semoga bermanfaat ilmu ini. Wassalam

No comments:

Post a Comment