Permata di atas merupakan permata teras gemunggal jadi batu bersaiz 5 sen untuk dimaharkan harga tawaran istimewa sempena Ramadhan/Syawal (masa dan stok terhad).
Permata ini adalah gabungan teras gemunggal hitam jadi batu dengan gemunggal jadi batu berwarna putih kekuningan coklat. Saiz adalah sebagaimana didalam gambar dan permata ini merupakan tawaran mahar istimewa sempena "YES" atau "Jualan Akhir Tahun". Berminat tentang mahar sila SMS.
Melalui perbincangan dengan sahabat saya dan juga pencarian menerusi internet ada mengatakan teras gemunggal/kelo mempunyai beberapa darjat dan setiap darjat mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Wallahualam.
Bermula dari darjat 1 hinggalah darjat 7 dimana darjat satu adalah yang tertinggi sekali. Bagi saya sebenarnya penilaian dibuat adalah berdasarkan kepada kepadatan dan struktur isi teras gemunggal itu sendiri dimana darjat satu mempunyai kepadatan yang paling utuh dan mempunyai warna hitam yang amat pekat seperti kemuning hitam dan mempunyai lubang atau corak rona kayu yang amat halus.
Dalam sebatang pokok gemunggal/kelo yang mempunyai teras..bahagian akar yang paling dalam sekali mempunyai darjat 1 sehinggalah kepada batang pokok yang mempunyai warna yang kemerah-merahan coklat (darjat 5 kebawah) . Usia sebatang pokok gemunggal/kelo juga mempunyai peranan dalam menghasilkan darjat. Kebanyakan darjat 3 keatas dijual melebihi harga RM600 disebabkan amat susah untuk menemuinya.
Selain itu sifat samada tenggelam dalam air atau tidak juga mempunyai peranan dalam menentukan darjat atas setiap teras gemunggal/kelo. Secara ringkasnya semua itu adalah ciptaan ALLAH swt untuk menunjukkan bahawa DIA berkuasa diatas sesuatu kejadian dan diatas setiap satu kejadian itu juga mempunyai pelbagai keistimewaan dan hanya makhluk yang dipilihNYA sahaja yang boleh merungkai rahsiaNYA untuk dimanfaatkan semua.