Showing posts with label mani gajah. Show all posts
Showing posts with label mani gajah. Show all posts

Thursday, May 29, 2014

:: Koleksi Permata Hyper Rare :: Permata Fosil Gajah Purba Istimewa


Permata ini merupakan koleksi hyper rare yang sengaja disimpan dek kerana teramat susah untuk diperolehi. Permata mani gajah ini pada asalnya berwarna biasa berbelang putih kelabu namun atas nasihat guru kami ianya disimpan bagi melihat perubahan yang mungkin terjadi dan hasilnya perubahan warna ke arah cindai sebagaimana gambar di atas. Warna jalur merah amat jelas dan perubahan yang lain hanya akan diketahui bila memakainya. Wallahuaklam.

Tuesday, October 29, 2013

:: Koleksi Istimewa :: Loket Perak Fosil Mani Gajah Purba (Telah ditebus)


Mani gajah jadi batu ini dipadankan dengan loket perak dengan kuku crown. Berminat sila SMS untuk harga Mampu Milik mampu Bayar

Tuesday, July 30, 2013

:: Koleksi Permata Terbaik :: Permata Loket Mani Gajah Purba Jadi Batu



Permata ini merupakan mani gajah purba jadi batu dan dibuat khusus untuk diabadikan dalam bentuk loket wanita. Berbentuk air mata dan bersaiz hampir 50sen. Tawaran harga istimewa diskaun sempena Ramadhan dan Syawal.

Tuesday, July 23, 2013

:: Tawaran Ramadhan/Syawal :: Permata Mani Gajah Purba Jadi Batu (Telah ditebus)

fosil mani gajah
 

Permata mani gajah purba jadi batu di atas bersaiz hampir 10 sen (panjang) berbentuk bujur dan lebar lebih kurang saiz 5 sen.

Monday, April 29, 2013

:: Untuk Perhatian En Azlan, Miri :: (Telah ditebus)

 
 
Untuk Perhatian En Azlan, Miri
Cincin perak pahat bunga jawa kuku 6 digabungkan dengan permata mani gajah purba jadi batu.

Tuesday, March 19, 2013

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Fosil Mani Gajah Purba (Telah ditebus)

 
 
 
Cincin perak tangkai kendi kuku 6 digabungkan dengan permata fosil mani gajah purba (tertua). Saiz cincin adalah 17 dan permata hampir 10 sen.

Tuesday, February 19, 2013

:: Koleksi Rare :: Fosil Mani Gajah

fosil mani gajah
Fosil mani gajah ini terdiri daripada 2 jenis iaitu jenis kristal dan jenis seakan santan kelapa. Yang berbentuk kiub adalah sesuai untuk dijadikan minyak manakala yang kristal sesuai untuk dijadikan permata. terdapat 2 permata untuk kristal iaitu dalam bentuk dicanai (kiri) dan dalam bentuk asal batu yang berkilat (kanan). 

Tuesday, January 22, 2013

:: Koleksi RARE :: Permata Mani Gajah Jadi Batu (Tertua)

mani gajah
Akhirnya siap permata mani gajah jadi batu oleh tukang canai kami. Permata ini dibuat dalam bentuk pelbagai saiz dan berbeza mahar. Pun begitu tawaran harga masih mampu milik dan mampu bayar dengan jaminan barangan asli. Saiz bagi permata tersebut adalah:

a - 19 x 13 x 8 mm
b - 22 x 15 x 10 mm
c - 16 x 10 x 4 mm (On hold)
d - 16 x 11 x 4 mm
e - 11 x 10 x 4 mm

Sunday, September 16, 2012

:: Mani Gajah :: Cerita Ceriti

Permata mani gajah yang ditawarkan oleh pemuda itu
Antara yang biasa dijual biasanya batu bukit atau aked
Mani gajah asli dalam bentuk potongan kiub (berpasir dan kristal)
Kami nak kongsi cerita pasal mani gajah. Minggu lepas semasa mencari barang di bandar Kota Bahru tetiba adalah seorang hamba Allah katanya daripada Rantau Panjang datang menghampiri kami. Ditunjukkan sebiji permata dan ditawarkan kepada kami. Katanya permata mani gajah asli dan tawaran harga RM180. Setelah membelek dalam hati kami ini batu aked .. bukan mani gajah ... tapi sebab tak nak sakitkan hati kami meminta kurang. Setelah proses negotiation tamat rupanya dibagitau beliau dia sebenarnya nak pakai duit dan meminta kami bayar RM13 sahaja. Pada mulanya kami menolak tetapi memandangkan beliau mendesak meminta tolong kami akhirnya memberi duit itu sebagai sedekah baginya. Mungkin ini terjadi kepada peminat blog juga. Paparan gambar di atas merupakan batu tersebut dan dibuat perbandingan dengan yang lain. Sekadar berkongsi.

Saturday, April 17, 2010

Mani Gajah Jadi Batu - Betul ke asli??






Ramai yang SMS saya bertanyakan perihal mani gajah yang saya maharkan. Rata-rata dikalangan peminat blog musykil samada mani gajah yang saya paparkan asli atau tidak kerana perbezaan yang ketara dengan mani gajah yang dimaharkan oleh blog yang lain.

Oleh kerana itu saya rasa terpanggil untuk membuktikan bahawa mani gajah jadi batu yang saya maharkan adalah asli dan tentang barangan blog lain saya tidak akan sentuh mengenainya (lain orang lain barang yang diperolehi). Mani gajah jadi batu yang saya miliki mempunyai 2 bentuk yang berlainan satu dalam bentuk melekit berpasir (yang dimahar dalam bentuk keping) dan satu lagi dalam bentuk kristal berpasir (yang dimahar dalam bentuk serbuk).

Paparan yang saya tunjukkan diatas adalah merupakan mani gajah jadi batu yang rasanya bagi saya bersaiz besar dan belum pernah diperolehi oleh orang lain (setelah diselidiki di internet). Berat mani gajah paparan saya adalah 13kg dan setakat ini yang ada diinternet paling besar adalah 3kg daripada Indonesia. Mani gajah jadi batu ini jika dipegang seolah-olah melekit seakan lilin dan untuk memecahkannya pemotong permata diperlukan selain menggunakan penukul (hancur la). Selidikilah gambar diatas untuk mendapat jawapannya kerana bagi saya dalam bidang ini kejujuran adalah amat penting disamping memaparkan dalam bentuk asal bagi tujuan perbandingan dan pengesahan.

Friday, September 11, 2009

Soalan : Asli Tak Mani Gajah Jadi Batu Yang Ditawarkan



Ramai peminat blog ini SMS kepada saya bertanyakan betul ke Mani Gajah jadi batu yang ditawarkan saya adalah asli.. he..he..saya tak menyalahkan peminat blog kerana dewasa ini ramai yang telah terkena tipu membeli barangan mani gajah tiruan maupun menipu dengan menjual entah batu apa yang difikirkan serupa dengan mani gajah asli.

Saya mempunyai 2 jenis mani gajah asli jadi batu yang diperolehi daripada hutan Malaysia (Pahang/Kelantan)..ni bukan dari indon tau... satu dalam bentuk seakan kristal dan mempunyai berat 30kg (photo 2 dan 3) dan satu lagi dalam bentuk seketul bewarna putih seakan santan kelapa bergaram (photo 1) dan mempunyai berat 1kg. Sememang amat susah untuk diperolehi tetapi rezeki tidak kemana sekiranya ALLAH swt mempermudahkan kepada hambaNya.

Tatapilah photo ini dan sekiranya masih tidak percaya.... itu adalah jawapan hati anda... cuma ingin saya katakan kepada peminat blog saya...SAYA HANYA MEMAHARKAN BARANGAN YANG ASLI SAHAJA...fikir-fikirlah...tepuk dada tanya matahati sendiri.... Subhanallah..

Thursday, September 10, 2009

Promosi ~ Mani Gajah Jadi Batu Juzuk 1 (Telah ditebus)

Diatas sokongan peminat blog kayudanteras saya dengan ini ingin memberikan tawaran harga durian runtuh dan semestinya tidak pernah ditawarkan oleh pemilik blog yang lain. Barangan yang ingin ditawarkan adalah mani gajah menjadi batu.

Mani gajah ini dipotong secara segiempat berkiub dan peminat blog bolehlah mencanainya sendiri dikedai. Mani gajah ini adalah asli dan harga sebenarnya untuk saiz yang ditawarkan adalah RM600. Tetapi untuk tawaran durian runtuh ini saya dengan ini ingin menawarkan mahar sebanyak RM300 untuk sebentuk kiub. Bagaimanapun stok adalah terhad sehingga kehabisan (tiada ulangan harga seperti ini dimasa hadapan). Sila SMS untuk tempahan.

Monday, August 10, 2009

Batu Mani Gajah Asli



Nota: Juga dijual dalam bentuk yang kecil (permata cincin) mengikut harga pasaran. Sila SMS jika berminat.

Antara barang yang dicari-cari para penggemar barangan mistik ialah batu mani gajah. Batu mani gajah yang dipaparkan saya adalah asli dan diperolehi secara semulajadi didalam hutan. Panjang batu ini adalah 10cm, tinggi 6cm dan lebar lebih kurang 11cm. Mempunyai keberatan sebanyak 1 kg.

Batu mani gajah asli adalah berpasir sekiranya diramas dan nampak berminyak (melekit) sekiranya disentuh. Amat keras tetapi sekiranya dimasukkan kedalam air ia boleh menjadi lembut. Jika diberi minum kepada sesiapa sahaja si peminum itu akan merasakan tubuhnya kearah demam, terasa loya, selsema dan lenguh-lenguh satu badan.

Untuk khasiatnya carilah di blog-blog lain yang telah banyak memperkatakannya. Batu mani gajah asli ini adalah untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat sebanyak RM8,500.00. Untuk tujuan pengesahan bolehlah berhubung dengan saya melalui SMS.

Saturday, August 8, 2009

Cincin Permata Mani Gajah Asli


Cincin perak bertatahkan berlian biru dan putih ini digabung kan dengan permata mani gajah asli. Cincin permata ini bersaiz 19 dan untuk dimaharkan sebanyak RM500.00 (boleh bincang) termasuk kos penghantaran untuk Malaysia sahaja.

Untuk pengetahuan ini adalah mani gajah bertukar jadi batu dan bukannya batu seperti batu akik mani gajah. Harap maklum dan faham.