Showing posts with label batu cindai. Show all posts
Showing posts with label batu cindai. Show all posts

Monday, October 8, 2012

:: Untuk Perhatian Tuan Iqbal, Melaka :: (Telah ditebus)

 
 
Untuk Perhatian Tuan Iqbal, Melaka 
Cincin perak pahat bunga jawa kuku W digabungkan dengan batu cindai pasakan istimewa. Permata batu cindai ini dipasak dengan barangan istimewa yang agak sukar diperolehi. Antara barangan yang dipasak adalah besi 7pa (semua puting patah secara alami) , batu kursani kuning, besi kursani tahap 1, besi tahi bintang, tulang harimau putih jadi batu, tempurung buta, gemunggal batu dan batu tok wali.

Monday, October 31, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Tempahan Istimewa Batu Cindai Hitam Emas Petak (Telah ditebus)


Cincin tempahan istimewa tangkai kendi pahat bunga jawa bahagian tepi dengan kuku 6. permata berbentuk petak. Saiz permata adalah 17mm x 9mm x 5mm.
** Terima kasih En Mukrim, Terengganu **

Thursday, September 29, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Batu Cindai Hitam Emas Siri 1


Permata batu cindai hitam emas ini bersaiz syiling 10 sen dengan ukuran tepat 16mm x 10mm x 3mm. Ditawarkan dengan mahar mampu milik dan mampu bayar. InsyaAllah.

Saturday, January 15, 2011

:: Permata Pilihan :: Permata Batu Cindai Hitam Emas (Berubah Warna)





Batu cindai hitam emas ini merupakan batu dengan khasiat tambahan istimewa dimana ianya akan berubah warna (kekadang hitam keseluruhan) mengikut kesesuaian dan keadaan pemakai. Dalam saiz yang besar iaitu lebih kurang syiling 50 sen. Bagaimanapun permata ini sedang diikat cincin bagi menambahkan seri permata ini.

Thursday, October 21, 2010

:: Koleksi Istimewa :: Permata Batu Cindai Merah Emas




Permata batu cindai merah emas ini bersaiz syiling 20 sen. Gabungan warna yang amat terang dan sempurna memancarkan akan kualiti batu ini. Respon yang diberikan peminat yang terdahulu memiliki batu ini ialah ianya boleh digunakan untuk perubatan pelbagai penyakit disamping memberikan kesan yang baik terhadap keterampilan diri dalam pergaulan harian dengan teman-teman dan juga hubungan suami isteri. Alhamdulillah atas khasiat yang diberikan oleh ALLAH swt.

Sunday, March 28, 2010

Cincin Batu Cindai Istimewa




Cincin perak ini adalah tempahan khas dengan ukiran bunga pahat jawa berserta kuku W dibuat daripada suasa. Cincin ini bersaiz 21 dengan saiz permata 19mm x 13mm x 7mm.

Monday, February 22, 2010

Cincin Batu Cindai Emas





Sebelum ini dipaparkan batu cindai sebagai koleksi yang sukar diperolehi. Cincin perak tempahan khas ini akhirnya disiapkan oleh tukang perak daripada Kelantan dengan rekabentuk tangkai kendi kuku W. Cincin ini bersaiz 17 digabungkan dengan permata batu Cindai Emas. Dipanggil dengan nama batu Cindai Emas ekoran warnanya yang keemasan. Batu ini bersaiz 18mm x 13mm x 8mm.

Monday, February 8, 2010

Kain Cindai @ Limar


Kain Cindai antik diatas adalah milik salah seorang sahabat saya dan tidak untuk dimaharkan. Kain ini berusia ratusan tahun dan telah diuji akan keaslian dan kelebihannya. Sekadar tatapan untuk peminat blog.

Kain Cindai merupakan kain tenunan sutera asli yang dibuat dengan mutu kualiti yang tinggi. Penggunaan ikatan berkembar menjadikan ianya utuh dan tahan lasak. Nama lain yang juga digunakan adalah kain cinde, gerinsing, patola, luffa, dan limar dikebanyakan nusantara ini. Tidak dapat ditentukan bilakah sebenarnya ia digunakan. Mengikut sejarah kain cindai ini berasal daripada daerah Patan di Gujerat, India. Dibawa masuk oleh pedagang Gujerat dan India ke Tanah Melayu sekitar beberapa ratus tahun dahulu.

Penggunaan awal kain Cindai pada mulanya sebagai pakaian yang berupa semutar (seakan serban @ diikat dikepala) dan selendang bagi kaum perempuan. Ekoran akan ketahanan kain ini ianya telah dijadikan sebagai salah satu senjata dan pakaian diri oleh pahlawan dahulu kala. Para pahlawan dahulu bagi lelaki akan mengikat samada dikepala ataupun dipinggang dan bagi pahlawan wanita akan dijadikan selendang ataupun ikatan pinggang bagi membuka langkah. Penggunaan kain Cindai ini ada dinyatakan didalam kisah-kisah lama seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Malim Dewa, Kisah Cik Siti Wan Kembang dan sebagainya.

Pada masa kini kain Cindai yang baru masih boleh diperolehi di India dan kebanyakan digunakan oleh penduduk disana bagi dijadikan sari berbanding dahulu digunakan oleh pembesar-pembesar dan raja-raja. Untuk mendapatkan kain cindai yang lama @ antik amatlah sukar diperolehi dimasa kini. Pun begitu ada juga dikalangan pengumpul dan peminat akan mencarinya sebagai koleksi disamping menggunakan khasiatnya yang hanya diketahui pemiliknya. Kain Cindai Tuan Puteri dan Pahlawan dahulu kala merupakan hajat mereka bagi menambahkan koleksi simpanan untuk mereka membongkar akan khasiat dan penggunaannya.
Sila SMS sekiranya berminat untuk memiliki yang asli dan antik dengan mahar istimewa.

Tuesday, January 19, 2010

Batu Cindai 02


Batu cindai ini bersaiz 22mm x 12mm x 5mm. Gabungan warna merah dunhill dengan kuning keemasan.

Monday, January 18, 2010

Batu Cindai 01 (Antara yang terbaik diperolehi)



Buat tatapan peminat blog, ini adalah antara koleksi batu cindai yang teramat menarik sekali. mempunyai warna yang menarik perhatian ramai. Gambar diatas diambil daripada sudut atas hadapan dan juga sudut bawah batu (gambar bawah) . Berat batu cindai ini adalah 37 carat. Saiznya adalah 30mm x 20mm x 5mm. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Permata Batu Cindai

Inilah rupanya batu cindai yang telah dijadikan permata cincin. Gabungan warna memperlihatkan kepada kita seakan kain cindai asli yang dimasukkan kedalam batu. Inilah kebesaran ALLAH swt untuk kita semua berfikir.

Tuesday, September 15, 2009

Kain Cindai Purbakala


Untuk dimaharkan kain cindai alam ghaib yang telah dipotong kecil bersaiz lebih kurang 1 in x 0.5 in. Kain ini berwarna merah darah ikan disulami dengan benang keemasan. Cindai ini digunakan oleh pendekar/pahlawan dahulu kala dan berusia melebihi 200 tahun. Amat sesuai bagi pemakaian diri dan jika dikombinasikan dengan mani gajah boleh memberikan khasiat pengasihan yang teramat tinggi dengan izin ALLAH swt.

Sila SMS sekiranya berminat dan stok adalah terhad.