Showing posts with label tanduk kambing gurun. Show all posts
Showing posts with label tanduk kambing gurun. Show all posts

Friday, May 16, 2014

:: Permata Terbaik dan Rare :: Permata fosil tanduk kambing gurun (Telah ditebus)



Permata ini merupakan koleksi khas dalam simpanan kami. Fosil tanduk kambing gurun ini bersaiz 50 sen dan merupakan salah satu pakaian diri yang terbaik untuk dijadikan koleksi.

Tuesday, March 11, 2014

:: Koleksi Cincin Terbaik :: Cincin Tanduk Lembu Mati Bersalin + Tanduk Kambing Gurun Berpasak



Cincin terbaik dengan gabungan istimewa untuk dimaharkan kepada peminat blog. Body cincin daripada tanduk lembu mati beranak dan permata pula daripada tanduk kambing gurun. Dibuat secara manual. Cincin ini dipasak dengan besi meriam pecah, besi misteri dan besi tahi bintang. Cincin ini bersaiz 14 dan tidak boleh dibesar atau dikecilkan.

Saturday, May 4, 2013

:: Kambing Gurun :: Al Kisah 2

 
 kulit kambing gurun
Belulang atau kulit kambing gurun kebiasannya amat di cari oleh peminat bagi tujuan menghasilkan wafak sebagaimana kaedah Ulamak terdahulu. Kebanyakan anggota badan kambing gurun ini mempunyai kegunaannya yang tersendiri seperti bagi tujuan menghasilkan minyak kambing gurun untuk urutan, lidahnya amat dicari kerana boleh menyembuhkan luka secara alami dengan izin ALLAH swt. Tanduknya boleh dijadikan permata cincin atau sebagainya. Inilah kebesaran ALLAH swt yang diciptaNya untuk manusia berfikir dan mengambil iktibar atas segala kejadianNya. Maha Suci ALLAH swt.

Friday, May 3, 2013

:: Kambing Gurun :: Al Kisah 1

kambing gurun
 Kepala sebesar anak lembu
 
 
Akhirnya kami berkesempatan untuk memperolehi kambing gurun yang ditangkap dan disembelih oleh guru kami. Bukan senang untuk memperolehi kambing gurun ini malah terpaksa memasuki hutan bagi mendapatkannya. Antara kelebihan kambing gurun ini ialah ianya dijadikan oleh ALLAH swt dengan kelebihan pelimun dan biasanya jika seseorang berniat untuk menangkapnya kambing ini telah tidak dapat dikesan kecuali mempunyai ilmu-ilmu tertentu dengan izin ALLAH swt.

Kambing gurun ini kebanyakkannya bersaiz besar (tahap ketinggian pinggang manusia) dan yang tua mempunyai janggut yang mencecah tanah. Bulunya agak kasar seperti rusa dan boleh dikatakan berwarna hitam pekat. Dagingnya amat sedap dan lembut tetapi agak panas tahap gaban jika memakannya dalam jumlah yang banyak. Pengalaman kami hampir 3 hari kepanasan dalaman dan sekiranya mempunyai penyakit resdung, dalaman hidung akan membengkak ekoran panas. Jika mempunyai darah tinggi ianya amat tidak digalakkan untuk merasa kecuali orang yang memakannya ingin berehat di dalam hospital.

Tuesday, September 18, 2012

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Gabungan 2 Jenis Fosil

Cincin perak buatan tukang Kelantan dengan kuku lipan digabungkan dengan permata campur 2 fosil iaitu fosil tanduk kambing gurun dan fosil teras mali. Saiz cincin adalah 21 dan saiz permata kurang lebih saiz 20sen. Berguna bagi pakaian diri, ketahanan badan dan sebagainya dengan izin ALLAH swt.

Wednesday, November 2, 2011

:: Perbandingan :: Tanduk Kambing Gurun Vs Tanduk Kambing Hutan

tanduk kambing gurun
Photo diatas menunjukkan perbandingan diantara tanduk kambing gurun (fosil) dengan tanduk kambing hutan (bukan fosil). Mempunyai kesamaan daripada batang tanduk cuma yang berbeza ialah hujung tanduk kedua binatang tersebut. Kebiasaan tanduk kambing hutan dibahagian hujung menpunyai ketajaman manakala tanduk kambing gurun agak lebar. Terima kasih kepada En Mustafa daripada Singapura kerana sudi berkongsi photo tanduk kambing hutan milik beliau bagi tujuan perbandingan ini.

Tuesday, August 23, 2011

:: Tawaran Istimewa Ramadhan :: Permata Tanduk Kambing Gurun Jadi Batu

tanduk kambing gurun
2, 3 dan 4 dari kanan (bawah) dan atas kanan telah ditebus

Koleksi fosil tanduk kambing gurun kami untuk dimaharkan sempena Ramadhan. Tanduk kambing gurun koleksi kami ini pernah difitnah sebagai fosil batu karang didalam laut oleh sebuah blog. Kami hanya berserah kepada peminat blog untuk mempercayainya kerana semua peminat blog yang membeli permata ini mempunyai respon yang baik dan positif sebagaimana disebutkan didalam kitab tua.

Tentang keaslian fosil tanduk kambing gurun ini kami hanya mampu bersumpah diatas nama ALLAH swt, Muhammad Rasulullah saw dan Al Quran sebagai jaminan keasliannya. Hanya guru yang mahir dalam bidang tanduk akan dapat mempastikan akan kesahihan ini. Jadi rujuklah kepada mereka yang berkenaan.

Pengalaman peminat yang menebus ialah fosil ini dengan izin ALLAH swt dapat digunakan untuk ikhtiar batu karang didalam tubuh (dengan kaedah Islam), boleh digunakan untuk ikhtiar penyakit misteri dan sebagainya. Cara penggunaan dan pemakaian akan diberikan. Untuk dimaharkan dengan tawaran Ramadhan RM130 sebiji tidak termasuk kos penghantaran.
** Terima kasih En Zaki, Shah Alam **

** Terima kasih En Salahuddin, Sarikei **** Terima kasih Hamba ALLAH, KL **
** Terima kasih En Mustafa, Singapura **