Belulang atau kulit kambing gurun kebiasannya amat di cari oleh peminat bagi tujuan menghasilkan wafak sebagaimana kaedah Ulamak terdahulu. Kebanyakan anggota badan kambing gurun ini mempunyai kegunaannya yang tersendiri seperti bagi tujuan menghasilkan minyak kambing gurun untuk urutan, lidahnya amat dicari kerana boleh menyembuhkan luka secara alami dengan izin ALLAH swt. Tanduknya boleh dijadikan permata cincin atau sebagainya. Inilah kebesaran ALLAH swt yang diciptaNya untuk manusia berfikir dan mengambil iktibar atas segala kejadianNya. Maha Suci ALLAH swt.
Showing posts with label minyak kambing gurun. Show all posts
Showing posts with label minyak kambing gurun. Show all posts
Saturday, May 4, 2013
Friday, May 3, 2013
:: Kambing Gurun :: Al Kisah 1
Kepala sebesar anak lembu
Akhirnya kami berkesempatan untuk memperolehi kambing gurun yang ditangkap dan disembelih oleh guru kami. Bukan senang untuk memperolehi kambing gurun ini malah terpaksa memasuki hutan bagi mendapatkannya. Antara kelebihan kambing gurun ini ialah ianya dijadikan oleh ALLAH swt dengan kelebihan pelimun dan biasanya jika seseorang berniat untuk menangkapnya kambing ini telah tidak dapat dikesan kecuali mempunyai ilmu-ilmu tertentu dengan izin ALLAH swt.
Kambing gurun ini kebanyakkannya bersaiz besar (tahap ketinggian pinggang manusia) dan yang tua mempunyai janggut yang mencecah tanah. Bulunya agak kasar seperti rusa dan boleh dikatakan berwarna hitam pekat. Dagingnya amat sedap dan lembut tetapi agak panas tahap gaban jika memakannya dalam jumlah yang banyak. Pengalaman kami hampir 3 hari kepanasan dalaman dan sekiranya mempunyai penyakit resdung, dalaman hidung akan membengkak ekoran panas. Jika mempunyai darah tinggi ianya amat tidak digalakkan untuk merasa kecuali orang yang memakannya ingin berehat di dalam hospital.
Subscribe to:
Posts (Atom)






