Friday, May 3, 2013

:: Kambing Gurun :: Al Kisah 1

kambing gurun
 Kepala sebesar anak lembu
 
 
Akhirnya kami berkesempatan untuk memperolehi kambing gurun yang ditangkap dan disembelih oleh guru kami. Bukan senang untuk memperolehi kambing gurun ini malah terpaksa memasuki hutan bagi mendapatkannya. Antara kelebihan kambing gurun ini ialah ianya dijadikan oleh ALLAH swt dengan kelebihan pelimun dan biasanya jika seseorang berniat untuk menangkapnya kambing ini telah tidak dapat dikesan kecuali mempunyai ilmu-ilmu tertentu dengan izin ALLAH swt.

Kambing gurun ini kebanyakkannya bersaiz besar (tahap ketinggian pinggang manusia) dan yang tua mempunyai janggut yang mencecah tanah. Bulunya agak kasar seperti rusa dan boleh dikatakan berwarna hitam pekat. Dagingnya amat sedap dan lembut tetapi agak panas tahap gaban jika memakannya dalam jumlah yang banyak. Pengalaman kami hampir 3 hari kepanasan dalaman dan sekiranya mempunyai penyakit resdung, dalaman hidung akan membengkak ekoran panas. Jika mempunyai darah tinggi ianya amat tidak digalakkan untuk merasa kecuali orang yang memakannya ingin berehat di dalam hospital.

No comments:

Post a Comment