Showing posts with label kambing gurun. Show all posts
Showing posts with label kambing gurun. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

:: Kambing Gurun :: Al Kisah 2

 
 kulit kambing gurun
Belulang atau kulit kambing gurun kebiasannya amat di cari oleh peminat bagi tujuan menghasilkan wafak sebagaimana kaedah Ulamak terdahulu. Kebanyakan anggota badan kambing gurun ini mempunyai kegunaannya yang tersendiri seperti bagi tujuan menghasilkan minyak kambing gurun untuk urutan, lidahnya amat dicari kerana boleh menyembuhkan luka secara alami dengan izin ALLAH swt. Tanduknya boleh dijadikan permata cincin atau sebagainya. Inilah kebesaran ALLAH swt yang diciptaNya untuk manusia berfikir dan mengambil iktibar atas segala kejadianNya. Maha Suci ALLAH swt.

Friday, May 3, 2013

:: Kambing Gurun :: Al Kisah 1

kambing gurun
 Kepala sebesar anak lembu
 
 
Akhirnya kami berkesempatan untuk memperolehi kambing gurun yang ditangkap dan disembelih oleh guru kami. Bukan senang untuk memperolehi kambing gurun ini malah terpaksa memasuki hutan bagi mendapatkannya. Antara kelebihan kambing gurun ini ialah ianya dijadikan oleh ALLAH swt dengan kelebihan pelimun dan biasanya jika seseorang berniat untuk menangkapnya kambing ini telah tidak dapat dikesan kecuali mempunyai ilmu-ilmu tertentu dengan izin ALLAH swt.

Kambing gurun ini kebanyakkannya bersaiz besar (tahap ketinggian pinggang manusia) dan yang tua mempunyai janggut yang mencecah tanah. Bulunya agak kasar seperti rusa dan boleh dikatakan berwarna hitam pekat. Dagingnya amat sedap dan lembut tetapi agak panas tahap gaban jika memakannya dalam jumlah yang banyak. Pengalaman kami hampir 3 hari kepanasan dalaman dan sekiranya mempunyai penyakit resdung, dalaman hidung akan membengkak ekoran panas. Jika mempunyai darah tinggi ianya amat tidak digalakkan untuk merasa kecuali orang yang memakannya ingin berehat di dalam hospital.

Wednesday, November 2, 2011

:: Perbandingan :: Tanduk Kambing Gurun Vs Tanduk Kambing Hutan

tanduk kambing gurun
Photo diatas menunjukkan perbandingan diantara tanduk kambing gurun (fosil) dengan tanduk kambing hutan (bukan fosil). Mempunyai kesamaan daripada batang tanduk cuma yang berbeza ialah hujung tanduk kedua binatang tersebut. Kebiasaan tanduk kambing hutan dibahagian hujung menpunyai ketajaman manakala tanduk kambing gurun agak lebar. Terima kasih kepada En Mustafa daripada Singapura kerana sudi berkongsi photo tanduk kambing hutan milik beliau bagi tujuan perbandingan ini.

Wednesday, May 5, 2010

Permata Tanduk Kambing Gurun Jadi Batu



Permata tanduk kambing gurun jadi batu bersaiz 25mm x 13mm x 10mm untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Lihat posting terdahulu bagi pembuktian keaslian tanduk kambing gurun jadi batu ini. Potongan permata dibuat secara menegak dan gambar ke 2 (bawah) adalah bahagian bawah permata ini.