Monday, February 8, 2010

Kain Cindai @ Limar


Kain Cindai antik diatas adalah milik salah seorang sahabat saya dan tidak untuk dimaharkan. Kain ini berusia ratusan tahun dan telah diuji akan keaslian dan kelebihannya. Sekadar tatapan untuk peminat blog.

Kain Cindai merupakan kain tenunan sutera asli yang dibuat dengan mutu kualiti yang tinggi. Penggunaan ikatan berkembar menjadikan ianya utuh dan tahan lasak. Nama lain yang juga digunakan adalah kain cinde, gerinsing, patola, luffa, dan limar dikebanyakan nusantara ini. Tidak dapat ditentukan bilakah sebenarnya ia digunakan. Mengikut sejarah kain cindai ini berasal daripada daerah Patan di Gujerat, India. Dibawa masuk oleh pedagang Gujerat dan India ke Tanah Melayu sekitar beberapa ratus tahun dahulu.

Penggunaan awal kain Cindai pada mulanya sebagai pakaian yang berupa semutar (seakan serban @ diikat dikepala) dan selendang bagi kaum perempuan. Ekoran akan ketahanan kain ini ianya telah dijadikan sebagai salah satu senjata dan pakaian diri oleh pahlawan dahulu kala. Para pahlawan dahulu bagi lelaki akan mengikat samada dikepala ataupun dipinggang dan bagi pahlawan wanita akan dijadikan selendang ataupun ikatan pinggang bagi membuka langkah. Penggunaan kain Cindai ini ada dinyatakan didalam kisah-kisah lama seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Malim Dewa, Kisah Cik Siti Wan Kembang dan sebagainya.

Pada masa kini kain Cindai yang baru masih boleh diperolehi di India dan kebanyakan digunakan oleh penduduk disana bagi dijadikan sari berbanding dahulu digunakan oleh pembesar-pembesar dan raja-raja. Untuk mendapatkan kain cindai yang lama @ antik amatlah sukar diperolehi dimasa kini. Pun begitu ada juga dikalangan pengumpul dan peminat akan mencarinya sebagai koleksi disamping menggunakan khasiatnya yang hanya diketahui pemiliknya. Kain Cindai Tuan Puteri dan Pahlawan dahulu kala merupakan hajat mereka bagi menambahkan koleksi simpanan untuk mereka membongkar akan khasiat dan penggunaannya.
Sila SMS sekiranya berminat untuk memiliki yang asli dan antik dengan mahar istimewa.

No comments:

Post a Comment