Wednesday, February 10, 2010

Meteorite @ Tahi Bintang


Tahi bintang yang telah jatuh ke bumi dalam istilah sains dikenali sebagai meteorite tetapi jika masih diatas langit dinamakan sebagai meteor. Meteorite ini boleh diperolehi diatas muka bumi ini melalui 2 cara iaitu secara menemuinya ketika ianya baru jatuh ataupun mencarinya dipadang luas, bukit bukau dan gunung ganang (berdasarkan tempat yang selalu jatuh). Kriteria untuk mengenali meteorite ini telah dinyatakan oleh sains dengan amat jelas sekali.

Meteorite diklasifikasikan kepada 3 kategori iaitu batu, besi dan gabungan batu dan besi. Sebanyak 93% meteorite diatas muka bumi ini adalah terdiri daripada meteorite batu . Hanya meteorite besi dan gabungan batu dan besi sahaja yang bertindak balas dengan magnet. Didalam sains meteorite batu terbahagi pula kepada 2 jenis yang mempunyai pecahannya masing-masing. Bagi meteorite besi ianya pula terbahagi kepada 3 jenis utama dan untuk meteorite gabungan batu dan besi ianya dipecahkan kepada 2 jenis yang berlainan.

Meteorite besi dan gabungan batu dan besi merupakan meteorite yang amat sukar untuk diperolehi dan ditemui. Mengikut sains meteorite boleh dikenalpasti dengan beberapa cara yang telah disepakatkan oleh pengkaji meteorite (rujuk link dibawah untuk mengetahuinya). Salah satu cara untuk mengenalinya iailah ianya mempunyai regmaglypts @ cap jari. Selain itu meteorite bersaiz bola ping pong akan mempunyai berat 2-5 kali ganda berat batu biasa yang sepatutnya. Secara am permukaan meteorite tidak akan sama berbanding batu leleh, besi leleh, besi kursani dan sebagainya.

Bagi pengumpul barangan mistik, meteorite atau tahi bintang ini merupakan barangan koleksi yang sememangnya amat dicari ekoran daripada khasiatnya yang teramat tinggi. Walaupun MAHARNYA boleh dikatakan tidak murah namun pengumpul barangan mistik tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki barangan ini sekiranya ia benar-benar ASLI. Orang-orang lama mengatakan bahawa tahi bintang merupakan tingkatan pertama dalam klasifikasi besi diatas muka bumi ini (tidak dikira besi kuning asli pakaian para WALI). Wallahua'lam.

Rujukan:

No comments:

Post a Comment