Showing posts with label batu fairuz. Show all posts
Showing posts with label batu fairuz. Show all posts

Wednesday, June 2, 2010

Cincin Gabungan Batu Tok Wali dan Batu Fairuz



Cincin istimewa gabungan permata batu Tok Wali dan Batu Fairuz untuk dimaharkan kepada peminat blog. Gabungan ini lain daripada yang lain dimana asasnya yang sama adalah berwarna hijau.

Friday, March 12, 2010

Cincin Batu Fairuz Hijau Tua (Telah ditebus)



Bagi peminat batu fairus, ini adalah koleksi lain dari yang lain yang pernah dipaparkan samada dalam blog ini ataupun dalam blog yang lain. Kebiasaannya batu fairus yang dipaparkan adalah berwarna muda dan kebanyakkannya dengan warna hijau turqouise muda.

Jika diperhatikan corak permata ini ianya seolah olah rumpunan dedaun hijau didalam permata ini. Warna hijau tua digabungkan dengan warna hijau muda menyerlahkan seakan corak lukisan dedaun abstrak. Saiz cincin adalah 18 dengan saiz permata 20mm x 15mm x 7mm.

Wednesday, February 3, 2010

Cincin Fairuz Hijau Tua (Kategori gred yang terbaik) (Telah ditebus)





Cincin ini asalnya ditempah oleh seorang Hamba ALLAH daripada Sabah tetapi akhirnya beliau telah meminta saya menukarkan cincin ini dengan permata lain. Oleh kerana itu saya ingin membuka peluang ini bagi memaharkan cincin fairus dengan warna hijau tua ini (kategori gred yang terbaik) kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya. Sila SMS untuk maharnya.
** Terima kasih Muhammad Syahizam, Johor **

Monday, January 25, 2010

Permata Batu Fairuz



Untuk dimaharkan permata batu fairuz gred biasa dengan mahar RM120.00. Permata ini bersaiz 16mm x 12mm x 8mm dengan berat 12 carat.

Sunday, January 3, 2010

Cincin Batu Fairuz @ Turquoise (telah ditebus)



Koleksi terbaru untuk peminat blog kayudanteras adalah cincin permata batu fairuz. Digabungkan dengan cincin perak tempahan khas tangkai kendi dengan saiz 17.

Batu fairuz merupakan salah satu batu yang selalu diriwayatkan dalam hadis dipakai oleh Rasulullah saw. Dari segi khasiat batu fairuz ini amat baik dan berkesan untuk seseorang yang berpenyakit berkaitan dengan saraf seperti sakit kepala @ migrain, gout, sakit belakang dan sebagainya.

Batu fairuz mempunyai 3 kategori yang berbeza iaitu batu fairuz biasa (yang selalu dijual), batu fairuz dengan jalur emas (biasa dijual lebih RM10K) dan yang paling susah ditemui batu fairuz wangi (biasa dijual lebih RM25K). Sila SMS sekiranya berminat.

Walluaha'lam.