Friday, August 7, 2009

Permata Teras Celagi



Pokok Celagi juga dikenali sebagai pokok asam jawa atau dalam bahasa indonesia dikenali sebagai tangkal acem. Istilah sains untuk pokok ini adalah Tamarindus Indicus Linn dan banyak digunakan sebagai bahan masakan. Teras celagi/asam jawa ini amat susah untuk diperolehi... kalau tak percaya cuba tebang pokok ini jika berada berhampiran rumah anda.

Peminat pengumpul barangan mistik berusaha untuk mencari teras celagi atau di Indonesia dikenali sebagai "galih acem". Dipercayai berkhasiat untuk keselamatan diri, menjauhkan dari syaithan dan jin yang jahat, jauhkan dari terkena ilmu sihir / guna-guna dan binatang berbisa akan menjauhkan diri dari sipemakai teras celagi ini. Selain itu dikatakan seseorang yang memakai cincin teras celagi sekiranya menumbuk orang yang mempunyai kesaktian ilmu hitam atau kebal maka akan tawarlah ilmunya itu. Wallahualam.

Untuk dimaharkan seperti dibawah:

Permata saiz besar (1.8cm panjang X 1 cm lebar) - RM 150.00
Permata saiz kecil (1.2 cm panjang X 1 cm lebar) - RM 100.00
Cincin perak bertatahkan permata + teras celagi - RM 180.00
(termasuk belanja pos untuk Malaysia sahaja)

6 comments:

  1. Apa size cincin teras cilagi ni..

    ReplyDelete
  2. Saiz perak yang akan saya siapkan untuk sesiapa yang berminat adalah bersaiz 20 kerana rata-rata daripada pelanggan terdahulu mempunyai saiz 20. Bagaimanapun cincin perak ini boleh diperbesarkan atau diperkecilkan dikedai emas. Di Kelantan untuk mengecilkan ianya cuma dikenakan caj sebanyak RM5-10 manakala untuk membesarkan adalah RM15-30 bergantung kepada jumlah berat perak yang digunakan.

    Harap maklum.

    ReplyDelete
  3. Saudara eidam,
    nok tanyo sikit, cicin hok kawe buat ari tu longgar la skit nga jari kawe. meme buleh nok kettak kor sikit?

    ReplyDelete
  4. Sdra eelobor;
    Biasa orang ikat benang untuk kemaskan cincin tu dengan jari. Itu cara kalau malas nak pegi kedai atau jimat kos.

    ReplyDelete
  5. ada lagi x tuan cincin ni ? klu saya mau saiz 23 tuan bole buat?

    ReplyDelete