Thursday, April 18, 2013

:: Koleksi Rare & Terbaik :: Kayu Kokka

fosil kokka
 
Masa kini untuk memperolehi teras kayu kokka asli teramat susah bahkan di Mekah sendiri ianya telah menjadi suatu pokok kawalan kerajaan Saudi. Ekoran kesusahan itulah pengganti bagi kayu kokka telah diperolehi iaitu buah kelapa Afrika yang mana jika dibuat permata atau tasbih kilatan buahnya hampir 90% menyerupai teras kayu kokka. Jika 20 tahun dahulu teras kayu kokka teramat mahal dan pada masa kini seutas tasbih kokka (pengganti) boleh dibeli dipersekitaran Masjidil Haram dengan harga RM15 seutas.

Gambar di atas merupakan perbandingan teras kayu kokka dengan kokka menjadi batu (tertua dan mempunyai kehadiran besi didalamnya). Teras kayu kokka ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri termasuklah kekerasan kayu, perubahan di dalam air, kilatan permata, bau dan sebagainya (akan diceritakan dalam posting akan datang). Teras kayu kokka ini berasal dari Mekah dan terlebih dahulu kami nyatakan harganya bukan sebarangan untuk sebiji permata siap.

No comments:

Post a Comment