Showing posts with label kokka batu. Show all posts
Showing posts with label kokka batu. Show all posts

Monday, December 16, 2013

:: Koleksi Cincin :: Cincin Perak Fosil Kokka Mekah (Mahar Special)

 
 
Cincin perak tangkai kendi bungkus penuh ini digabungkan dengan permata fosil kokka Mekah. Permata bersiaz lebih kurang 5 sen. Tawaran harga istimewa.

Friday, June 28, 2013

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Singapura :: (Telah ditebus)

 
 fosil kokka
Untuk Perhatian Hamba Allah, Singapura 
Cincin perak tangkai kendi kuku 6 digabungkan dengan permata fosil kokka Mekah asli.

Thursday, May 2, 2013

:: Koleksi Rare dan Istimewa :: Permata Teras Kokka Mekah

kayu kokka
 
Sebelum ini dipaparkan teras kokka Mekah dalam bentuk ketulan kayu dan dibuat perbandingan dengan bongkah kokka yang menjadi batu. Gambar di atas menunjukkan permata teras kayu kokka Mekah (tengah dan kanan) manakala sebelah kiri adalah permata kokka menjadi batu (telah ditebus). Permata bersaiz besar lebih kurang 50sen dan tawaran harga teras kokka asli ini dalam kategori mahal la juga (kalau nak murah beli jer permata kokka kelapa afrika). Antara ciri-ciri teras kayu kokka asli adalah ianya berbau wangi apabila dibakar ataupun digores dengan pisau. Kayunya agak keras tetapi sekiranya disapu minyak zaitun ianya senang berkilat.

Thursday, April 18, 2013

:: Koleksi Rare & Terbaik :: Kayu Kokka

fosil kokka
 
Masa kini untuk memperolehi teras kayu kokka asli teramat susah bahkan di Mekah sendiri ianya telah menjadi suatu pokok kawalan kerajaan Saudi. Ekoran kesusahan itulah pengganti bagi kayu kokka telah diperolehi iaitu buah kelapa Afrika yang mana jika dibuat permata atau tasbih kilatan buahnya hampir 90% menyerupai teras kayu kokka. Jika 20 tahun dahulu teras kayu kokka teramat mahal dan pada masa kini seutas tasbih kokka (pengganti) boleh dibeli dipersekitaran Masjidil Haram dengan harga RM15 seutas.

Gambar di atas merupakan perbandingan teras kayu kokka dengan kokka menjadi batu (tertua dan mempunyai kehadiran besi didalamnya). Teras kayu kokka ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri termasuklah kekerasan kayu, perubahan di dalam air, kilatan permata, bau dan sebagainya (akan diceritakan dalam posting akan datang). Teras kayu kokka ini berasal dari Mekah dan terlebih dahulu kami nyatakan harganya bukan sebarangan untuk sebiji permata siap.

Tuesday, September 20, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Fosil Kokka Mekah (Telah ditebus)



Cincin ini bersaiz 17 dengan ikatan tangkai kendi bercorak. Rekabentuk kuku merupakan kuku lipan dengan digabungkan bersama permata fosil kokka Mekah. Saiz permata adalah 24mm x 15mm x 8mm.
** Terima kasih Syeikh Masagoes, Singapura **

Monday, August 1, 2011

:: Koleksi Istimewa dan Rare :: Kayu Kokka Mekah Jadi Batu


Ini merupakan sebahagian daripada kayu kokka Mekah yang menjadi batu (fosil) yang diperolehi dengan izin ALLAH swt. Mempunyai urat batu yang amat menarik disamping rona kayu jadi batu berbintik tetapi tidak sama dengan teras gemunggal. Hanya kepada ALLAH swt kami berserah atas kebesaran dan kemulianNya. SubhanaALLAH.