Tuesday, April 16, 2013

:: Koleksi Permata :: Permata Tulang Harimau Putih Jadi Batu (Telah ditebus)

fosil tulang harimau
 
 
Permata tulang harimau putih jadi batu ini bersaiz 10 sen dan untuk dimaharkan kepada peminat yang berminat.

2 comments:

  1. Salam persaudaraan atas nama bangsa dan agama. Diharapkan pengasas blog ini perlu memberikan kepastian adakah permata fosil harimau putih ini boleh dibawa atau dipakai ketika mengerjakan solat.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam
      Perkara ini telah lama dirujuk kepada pakar agama dan terdapat khilafiah antara mazhab Syafie dan mazhab lain seperti Hambali. Bagi mazhab Syafie seekor binatang yang tidak disembelih seperti mati kena petir, atau mati bersalin maka ianya tidak boleh di bawa bersolat. Sekiranya ianya menjadi fosil ianya juga tidak boleh di bawa bersolat kerana sifat asalnya wujud.

      Bagi lain mazhab mereka mengatakan sekiranya sesuatu itu telah menjadi batu maka sifat yang kini adalah batu dan bukan tulang maka boleh dibawa bersolat. Kerana sifat asal telah hilang. Kecuali binatang najis berat maka ianya tetap haram atas hukumnya.

      Pihak kami memang memaklumkan akan kedudukan batu ini dan bergantung kepada taklid yang hendak dirujuk. Bagi kami nasihat yang diberikan semasa nak solat agar disimpan permata ini ditempat yang sesuai.

      Begitu juga kedudukan barang lain dalam blog ini kerana kami tidak menjual secara membabi buta tanpa penilaian hukum yang sewajarnya agar kedua-dua pihak faham akan syariat dan hukum yang ALLAH swt telah jadikan.

      Wassalam

      Delete