Saturday, January 1, 2011

Ekspedisi Gua Keris, Dabong, Kelantan

Pemandangan Gua Keris dari jauh
Pemandangan pintu masuk gua (waktu pagi)
Pemandangan pintu masuk gua (waktu pagi)
Batu dengan proses alam berbentuk keris
Pemandangan bahagian pintu masuk kedalam gua

Pihak kami ingin memohon maaf diatas kelewatan membalas SMS yang telah dihantar bagi tujuan pertanyaan, tempahan dan pembayaran. Pihak kami telah mengadakan ekspedisi bermalam di Gua Keris, Dabong, Kelantan (malam 31 Dis 2010)

Alhamdulillah segala kesulitan yang dialami semasa perjalanan ke gua ini dengan izin ALLAH swt tercapai maksud dan tujuan walaupun tidak begitu lama (1 malam). Gua Keris ini amat terkenal dikalangan petapa-petapa dan juga perguruan silat bagi menamatkan pembelajaran mereka. Dinamakan Gua Keris kerana ianya mempunyai batu dipintu masuk gua yang berbentuk keris. Di gua ini mempunyai beberapa lubang gua yang lain dan terdapat kesudian tersendiri bagi tiap-tiap lubang.

Berdekatan Gua Keris terdapat beberapa gua lain yang juga amat terkenal diKelantan iaitu Gua Ikan, Gua Pagar, Gua Pacat dan Gua Kelawar.

No comments:

Post a Comment