Showing posts with label batu pelik. Show all posts
Showing posts with label batu pelik. Show all posts

Wednesday, September 17, 2014

:: Cincin Istimewa dan Terbaik :: Cincin permata kemuncup dalam batu





Cincin perak ini digabungkan dengan koleksi permata istimewa dan dalam kategori permata terbaik. Di dalam permata itu terdapat bunga kemuncup yang boleh dilihat secara nyata sebagaimana gambar di atas. permata ini merupakan permata isitmewa dalam kategori geliga dan boleh digunakan bagi tujuan ikhtiar perubatan.

Yang peliknya gambar pertama dan ketiga menunjukkan permata yang diperolehi dalam bentuk asal dan gambar kedua dan ke empat adalah gambar setelah dipakai selama hampir setahun. Terdapat perbezaan yang ketara dan perubahan yang dialami boleh difikirkan dengan logik akal. Semuanya adalah menunjukkan kebesaran ALLAH swt. Sekiranya berminat ianya adalah untuk dimaharkan dengan tawaran harga MAMPU MILIK.

Saturday, May 8, 2010

Permata Pelik Istimewa (Tidak dimaharkan)





Untuk tatapan peminat blog permata pelik isitmewa milik peribadi dan tidak untuk dimaharkan. Sekadar berkongsi pemberian ALLAH swt kepada sesetengah makhluknya pilihanNya.

Permata ini merupakan permata pemberian daripada alam ghaib sebagai menambahkan ilmu pengetahuan disamping meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH swt. Apa yang istimewa tentang batu ini ialah ianya hidup sekiranya dipakai dijari dan akan kembali ke bentuk asal sekiranya tidak dipakai dalam masa yang lama. Perubahan bentuk dan kejelasan tidak memerlukan medium perantaraan lain seperti asap kemenyan, minyak zaffaran, darah dan sebagainya kerana ianya adalah semulajadi dan tidak perlu diaktifkan dengan bahan lain.
Subhanallah.

Sunday, March 28, 2010

Koleksi Permata Berwajah Pelik Juzuk 2



Ini adalah koleksi gambar-gambar permata pelik yang telah dirakamkan. Ramai yang bertanyakan saya untuk memiliki barangan ini. Untuk pengetahuan semua barangan ini telah dimaharkan kepada peminat blog cuma antara sedar atau tidak sedar pemilik barangan ini mengetahui akan gambaran ini. Juzuk 2 ini menunjukkan permata tulang harimau putih jadi batu samada dengan bentuk wajah ataupun kelihatan mata yang sedang merenung. Subhanallah.

Wednesday, March 24, 2010

Koleksi Permata Berwajah Pelik Juzuk 1


SEMUA GAMBAR YANG DIPAMERKAN TIDAK DIEDIT DAN DALAM BENTUK SALINAN ASAL
INI ADALAH PAPARAN CINCIN YANG TELAH DIMAHAHARKAN

Sepanjang penglibatan dalam menghasilkan batu permata pelbagai ceritera dan pengalaman telah dilalui bermulalah daripada batu permata yang biasa sehinggalah batu permata yang pelik dan ganjil. Sebagai contoh diantara batu permata itu terhasil tulisan Ayatul Quran dengan kalimah-kalimah tertentu. Pun begitu terdapat juga pelbagai gambaran aneh yang semestinya mempunyai rahsianya yang tersendiri.

Kewujudan ini menunjukkan akan kebesaran ALLAH swt dalam segala aspek ciptaanNya. Justeru itu marilah kita sama-sama berfikir dan merenung agar sekurang-kurangnya kita sedar siapakah diri kita yang bernama INSAN ini. Koleksi ini akan dipaparkan dalam beberapa juzuk dan akan dipilih untuk tatapan peminat blog.