Showing posts with label teras kelor. Show all posts
Showing posts with label teras kelor. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

:: Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Perak ::

 
Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Perak
Cincin perak aloi kuku cengkam kiri kanan digabungkan dengan permata fosil teras gemunggal tertua (ada besi)

Friday, September 7, 2012

:: Teras Gemunggal Pulau :: Mahar Borong (Telah ditebus)

kelo
Potongan teras gemunggal pulau untuk dimaharkan dengan harga borong. Bersaiz diameter 4.5 in dan tebal 1.3 in (teras sahaja tidak termasuk kulit luar). Jika dijadikan permata paling kurang 70 biji bersaiz 10 sen diperolehi. 

Thursday, December 23, 2010

:: Koleksi Terbaik :: Permata Teras Gemunggal Hitam Jadi Batu



Dua biji permata ini untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Mahar ada diskaun sempena YES dengan "Mampu Milik dan mampu Bayar". Saiz adalah sebagaimana perbandingan dalam gambar diatas. Gambar atas diambil tanpa menggunakan flash manakala gambar bawah menggunakan flash dan jelas kelihatan bintik teras gemunggal ini. Permata ini merupakan antara kategori paling baik dalam koleksi teras gemunggal didalam blog ini.

Wednesday, November 17, 2010

:: Koleksi Rare dan Terbaik :: Perbandingan Potongan Teras Kemuning dan Teras Gemunggal Hitam Jadi atu

gemunggal kelo


Paparan diatas menggambarkan perbezaan diantara teras gemunggal hitam jadi batu dan teras kemuning hitam jadi batu secara potongan menegak.

Saturday, May 15, 2010

Teras Gemunggal Hutan


Diawal penubuhan blog, saya pada asalnya hanya memaharkan teras gemunggal asli yang diperolehi disebuah pulau di Semenanjung Malaysia dengan stok yang teramat banyak. Setelah berkecimpung didalam bidang ini dengan izin ALLAH swt telah mendapat pelbagai koleksi barangan lain (terutama yang menjadi batu) untuk dimaharkan kepada peminat semua.

Sebagai menghargai peminat blog saya dengan ini ingin memaharkan TERAS GEMUNGGAL HUTAN asli yang tenggelam didalam air (berkepadatan tinggi) dengan mahar mampu milik RM180 sebiji (tidak termasuk kos penghantaran). Sekadar untuk berkongsi teras gemunggal yang dimiliki dan stok yang saya miliki teramat banyak (5 batang pokok - bukan untuk menunjuk tetapi untuk dimaharkan secara berperingkat kepada peminat semua dengan mahar mampu milik dan mampu bayar).
** Terima kasih Mr Kian, Subang Jaya **
** Terima kasih En Ali, Klang **
** Terima kasih En Mohd Nazim, Lumut **
** Terima kasih Pn Aida, Kangar **

Friday, April 2, 2010

Teras Gemunggal@kelo VS Kemuning Hitam Jadi Batu


Gambar atas Teras Gemunggal tempahan peminat blog dan bawah kemuning hitam jadi batu untuk dimaharkan. Samakan???

Sebagaimana yang dinyatakan dalam posting sebelum ini susunan rona bintik kemuning hitam jadi batu amat hampir dan menyamai rona bintik teras gemunggal hutan. Ramai daripada pengumpul koleksi mistik yang menjual kemuning hitam jadi batu ini sebagai teras gemunggal jadi batu ekoran daripada kekeliruan dan kehampir samaan ini. Bagi saya cukup mengenali barangan yang saya perolehi secara langsung dan perbandingan dibuat dengan barangan yang sama dalam bentuk kayu. Jadi perbandingan boleh dikatakan amat jelas dan tidak berat sebelah.

Saya pernah menunjukkan kemuning hitam jadi batu saya kepada penduduk tempatan disebuah tempat di Pahang dan juga beberapa peminat barangan mistik, semuanya mengatakannya ianya adalah teras gemunggal. Diatas pengetahuan yang saya perolehi daripada pokok asal maka saya tetap akan memaharkannya sebagai kemuning hitam jadi batu dan bukan gemunggal jadi batu sebagaimana yang diperkatakan ramai(banyak lagi stok gemunggal jadi batu yang saya ada). Gambaran diatas cukup untuk dibuat perbezaan bagi tujuan perbandingan dan tatapan semua. Tepuk dada tanyalah jawapan masing-masing.

Thursday, January 28, 2010

Koleksi Teras Gemunggal Dengan Tawaran Istimewa


Gambar atas (kiri) - Gemunggal jadi batu, teras gemunggal hutan gred A dan teras gemunggal pulau

Ini merupakan tawaran pertama saya kepada peminat teras gemunggal yang ASLI. Koleksi yang ditawarkan adalah teras gemunggal hutan gred A, teras gemunggal pulau dan teras gemunggal jadi batu buat peminat blog kayudanteras. Kombinasi ini merupakan pelengkap bagi pengumpul teras gemunggal untuk diabadikan samada sebagai koleksi peribadi ataupun sebagai permata untuk ikatan cincin sendiri.

Ditawarkan dengan SATU mahar istimewa dan semestinya murah berbanding memperolehinya secara satu persatu. Sila SMS untuk maharnya dan sudah termasuk kos penghantaran untuk Malaysia, Brunei dan Singapura.
  • Saiz teras gemunggal jadi batu 21mm x 13mm x 10mm
  • Saiz teras gemunggal hutan 20mm x 14mm x 10mm
  • Saiz teras gemunggal pulau 18mm x 13mm x 9mm