Thursday, March 25, 2010

Buluh Tumpat


Buluh tumpat merupakan barangan mistik yang dicari ekoran khasiatnya yang dikatakan amat bagus bagi pakaian diri. Buluh ini biasanya mempunyai kepadatan dan penuh isi berbanding buluh biasa. Dengan teknologi terkini buluh ini juga telah dapat dikomersialkan menjadi perniagaan bagi menghasilkan barangan perabut.

Bagi peminat barangan mistik buluh tumpat ini dipercayai amat sesuai untuk pakaian diri selain dikatakan dapat menyedut bisa gigitan binatang berbisa. Ianya juga mempunyai hubung kait dalam melawan santau yang menggunakan miang buluh sebagai medium. Selain itu ianya juga dikatakan amat berguna dalam ikhtiar menghindarkan binatang berbisa menghampiri pemakai buluh tumpat ini. Bagi pemancing ikan yang melewati hutan belantara untuk memancing biasanya buluh tumpat akan dibawa bagi mengelakkan sebarang pengalaman bertemu binatang berbisa.

Subhanallah atas khasiat yang diciptakan oleh ALLAH swt. Namun begitu agak-agaknya wujudkah buluh tumpat menjadi batu bagi kegunaan makluk ALLAH swt dumuka bumi ini?

No comments:

Post a Comment