Wednesday, July 22, 2009

Darjat Teras Gemunggal/kelo


Melalui perbincangan dengan sahabat saya dan juga pencarian menerusi internet ada mengatakan teras gemunggal/kelo mempunyai beberapa darjat dan setiap darjat mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Wallahualam.

Bermula dari darjat 1 hinggalah darjat 7 dimana darjat satu adalah yang tertinggi sekali. Bagi saya sebenarnya penilaian dibuat adalah berdasarkan kepada kepadatan dan struktur isi teras gemunggal itu sendiri dimana darjat satu mempunyai kepadatan yang paling utuh dan mempunyai warna hitam yang amat pekat seperti kemuning hitam dan mempunyai lubang atau corak rona kayu yang amat halus.


Dalam sebatang pokok gemunggal/kelo yang mempunyai teras..bahagian akar yang paling dalam sekali mempunyai darjat 1 sehinggalah kepada batang pokok yang mempunyai warna yang kemerah-merahan coklat (darjat 5 kebawah) . Usia sebatang pokok gemunggal/kelo juga mempunyai peranan dalam menghasilkan darjat. Kebanyakan darjat 3 keatas dijual melebihi harga RM600 disebabkan amat susah untuk menemuinya.

Selain itu sifat samada tenggelam dalam air atau tidak juga mempunyai peranan dalam menentukan darjat atas setiap teras gemunggal/kelo. Secara ringkasnya semua itu adalah ciptaan ALLAH swt untuk menunjukkan bahawa DIA berkuasa diatas sesuatu kejadian dan diatas setiap satu kejadian itu juga mempunyai pelbagai keistimewaan dan hanya makhluk yang dipilihNYA sahaja yang boleh merungkai rahsiaNYA untuk dimanfaatkan semua.



4 comments:

  1. trima kasih atas maklumat tuan..- edham andika

    ReplyDelete
  2. Salam semua,seluruh Nusantara,
    Apa yg diPaparkan ini adalah memang benar dan betul,kerana khafiat Teras Kelo mmg tersendiri.Sukar ditemui dan hanya yg berhak dan ditentu oleh Allah swt saja memilikinya.
    Untuk Lebih Jelas boleh hubungi saya di "hmohd94@ymail.com"...
    Selain dari itu Teras kelo ini sangat2 diCARI2 kerana hampir nak PRU13 ni.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya Khafiat Teras kelo ni bukan diukur dari nilai wang ringgit kerana wang ringgit boleh dicari tapi Teras ni diperolehi bukan dengan senang boleh dapat.Macam yg saya perolehi,sbagi contoh ,saya bermunajat selama 7 Tahun(Bertahajjud,berwirid dan mcm2 lagi, dan berbagai-bagai halangan yg saya tempuhi)yg pada niat asalnya bukan nak cari Teras kelo ni tapi se mata mata memohon keredzaan Allah swt.Jadi saya pun dianugerahkan dgn Teras ini.Maka sebagai Hamba Allah saya pula wajib mengedarkan kpd sesiapa yg berminat dan yg memerlukannya.Saya bukan menjualnya tapi saya hanya minta upah memotong Teras Kelo ni sahaja dikedai tukang Emas.Ini bukan barang dagangan atau Bisnes tapi hanyalah Amanah Allah swt yg perlu saya sebarkan seluruh Malaysia malah seluruh Nusantara.Insyaallah,ramai yg berminat dtg nya bukan dari Malaysia tetapi dari Indonesia,Singapura,Thailand,Filipina Myanmar dan Saudi Arabia.Malah ada juga peminat dari United Kingdom... Itulah saja yg dapat saya war war kan demi kebaikan Ummah manusia sejagat.Disini...Sesiapa yang berminat call saya di 6013 3008588..Anytime 24 hours.Terima Kasih.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Saudara Shah;

    Tujuan saudara untuk memberikan secara percuma itu adalah satu kemulian cuma kenapa tidak dikongsikan kos untuk potong di kedai emas. Sekiranya mahal rasanya amat tidak bersesuaian dikatakan PERCUMA. Bahkan untuk memotong teras ini saya berikan servis secara PERCUMA dan untuk dijadikan permata kosnya hanya RM10 sebiji di Kelantan.

    terima kasih.

    ReplyDelete