Tuesday, October 6, 2009

Panduan Pasak Teras Kayu

Ramai dikalangan pembuat dan penjual teras kayu berpasak yang masih belum memahami asas pasakan didalam koleksi mereka. Asas pasakan yang betul adalah menggunakan rumpun yang sama seperti positif dengan positif sahaja dan bukan dengan negatif. Sebagai contoh teras kayu penawar tidak boleh dipasak dengan teras kayu atau kayu dari jenis pembisa kerana hasilnya akan menjadi kosong. Tiada aura didalamnya dan jadilah ianya seperti ranting kayu ditepi jalan, tiada berkhasiat walaupun difikirkan berkhasiat oleh pemasak.

Sebagai contoh teras gemunggal hanya layak dipasak dengan serumpun dengannya (penawar) seperti teras sintok, teras kemuning dan sebagainya dan tidak boleh dipasak dengan teras pembisa seperti nibung tunggal, bujang kalak, sulur bertam dan sebagainya.

Dalam keadaan begitu teras gemunggal boleh dipasak dengan besi seperti besi kursani, besi leleh atau batu leleh kerana khasiat teras gemunggal itu sendiri mempunyai sifat kearah yang sama iaitu kekuatan kulit. Begitu juga dengan barangan yang membawa kepada pengasihan. Panduan ini diberikan agar peminat blog sendiri memahami apa yang mereka belikan barangan daripada penjual barangan mistik dan tidak membeli secara hentam sembrono sahaja.

Fikir-fikirkan. Sekadar berkongsi ilmu.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment