Wednesday, May 27, 2009

Teras Gemunggal tenggelam dalam air...

  1. Ramai yang mempertikaikan bahawa hanya teras gemunggal yang asli sahaja yang tenggelam didalam air. Saya pernah memiliki teras gemunggal bukit, kampung dan pulau dan pada pengamatan saya kebanyakan teras kampung dan bukit yang tenggelam didalam air.
  2. Pun begitu terdapat juga teras gemunggal pulau yang tenggelam dalam air dan sudah tentu ALLAH swt memberikan rahsia yang istimewa kepadanya.
  3. Secara saintifik hanya kayu yang mempunyai kepadatan sel/molekul yang tinggi akan tenggelam didalam air. Itu adalah pendapat sains.
  4. Secara hakikat dalam kalangan makhluk yang bernama manusia terdapat golongan yang lain disebut wali..walhal wali itu manusia juga..sama juga dengan kayu..ada kayu balak yang ditebang namun terapung dalam air...agak besar saiznya..namun terdapat juga kayu yang saiznya kecil dari syiling 10 sen boleh tenggelam dalam air...secara logik itulah ilmu dan kebesaran yang ALLAH tunjukkan keatas makhluknya....sambil memuji penciptaanNYA..pandang-pandang dan fikirlah.....diri kita bagaimana??
Wallahualam bissawab...

No comments:

Post a Comment