Wednesday, May 27, 2009

Teras Gemunggal

Di pelusuk muka bumi ini ALLAH swt telah menjadikan makhluknya dengan pelbagai kelebihan dan kelemahan. Bahkan diantara sesuatu kejadian mempunyai pelengkap berlawanan antara satu sama lain. Begitu juga kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada makhluknya samada manusia, haiwan binatang, tumbuhan dsb.

Salah satu penciptaan ALLAH swt kepada manusia ialah kelebihan yang diberikan olehNYA kepada pokok yang dipanggil sebagai teras gemunggal atau juga dikenali sebagai teras kelor.Teras ini dijadikan ALLAH swt sebagai alat untuk melaknat/menawar penggunaan sihir, ilmu hitam, santau, ganguan jin syaithan dsb...dengan izin ALLAH swt..dan ingatlah kayu teras ini hanyalah kayu yang tidak berkuasa apa-apa melainkan biizniLLAH...

No comments:

Post a Comment