Saturday, April 11, 2015

:: Koleksi Istimewa :: Mata Lembing Daun Sireh Purba Gunung Reng, Kelantan



Mata lembing ini berusia lebih 500 tahun dan diperolehi secara istimewa daripada Gunung Reng, Kelantan. Dikenali sebagai mata lembing daun sireh. Saiz mata lembing ini adalah sebagaimana yang dipaparkan. Diperolehi di dalam batu dan setelah dipecahkan batu tersebut maka mata lembing ini diperolehi.  Masih belum dicuci sepenuhnya. Mata lembing ini adalah milik Puteri Saadong dan digunakan dalam peperangan.

Menurut guru kami mata lembing ini tersohor dengan kegunaan untuk tempur dan menjatuhkan musuh dan sekiranya tidak dipakai ianya hendaklah dimasukkan ke dalam batu (mungkin bagi tujuan tapaan - Wallahualam). Jika berminat boleh hubungi pihak kami sebagaimana no yang telah dipaparkan di dalam blog ini. Pembeli akan diberikan dengan siap sarung bagi menyimpan mata lembing ini.

No comments:

Post a Comment