Wednesday, October 9, 2013

:: Koleksi Rare :: Kayu Ular Cinta Emas

Kebiasaannya kita mendengar kayu ular cinta mani hitam atau putih tetapi amat jarang kita mendengar kayu ular cintamani emas. Kayu ular cintamani ini amat sukar diperolehi dan kalau dirujuk hanya terdapat di beberapa laut di dunia terutamanya di kepulauan Hawai. Spesis ini hanya dapat diperolehi di laut dalam dengan kedalaman yang tinggi iaitu 1500 kaki ke atas. Menurut kajian sains ianya hanya membesar sebanyak 2 inchi bagi setahun. Istilah dalam sains adalah "coral" dan mempunyai beberapa warna seperti hitam, pink, merah dan emas.

Alhamdulillah kami telah diizinkan oleh ALLAH swt memperolehi kayu ular cintamani emas (gold coral). Asal kayu ini adalah daripada Laut Merah dan dalam masa terdekat akan dibuat gelang bagi tujuan memaharkannya kepada peminat blog. Sekali pandang seakan kayu yang disembur warna metalik emas tetapi kayu ini adalah asli dan boleh diuji di makmal bagi pengesahannya.

No comments:

Post a Comment