


Cincin perak tempahan khas ini digabungkan dengan permata peridot (hijau pucuk pisang). Berat permata dalam 3 carat dan saiz cincin ialah 15. Sesuai untuk dijadikan hadiah kepada isteri tersayang.






Permata teras gemunggal hitam jadi batu ini mempunyai 3 wajah. Jika diperhatikan seakan seorang tua bertongkat (kanan), seorang raja dengan tahta (tengah) dan seorang permaisuri (kanan). Pada asalnya kami tidak perasan akan wajah ini semasa proses canaian tetapi apabila siap ianya telah ditunjukkan oleh seorang sahabat akan kewujudan wajah itu.






