Wednesday, March 16, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Batu Firus Iran dan Mekah



Koleksi permata firus yang baru diperolehi terdiri daripada 4 warna yang berlainan dan juga diperolehi didua tempat iaitu Iran dan Mekah. Dua biji permata firus jalur emas (gambar - permata atas) adalah berasal daripada Mekah manakala yang lain berasal daripada Iran. Permata firus Iran yang diperolehi mempunyai jalur yang berwarna kekuningan.
Oleh kerana ketulan asal yang diperolehi adalah terhad/sedikit maka kami telah mengambil inisiatif untuk mencanai dalam bentuk permata yang bersaiz kecil @ saiz 10 sen. Keistimewaan batu firus ini ialah ianya mempunyai keharuman bau yang asli @ alami. Akan dimaharkan kepada peminat dengan mahar istimewa dalam masa terdekat dan gambar close up setiap satu akan diposting didalam blog ini.

No comments:

Post a Comment