Tuesday, February 8, 2011

:: Koleksi Istimewa dan Rare :: Batu Gunung Ledang





Rata-rata SMS kami meminta kami paparkan bentuk asal batu Gunung Ledang bagi membuktikan ianya tidak diperolehi daripada mana-mana negara jiran. Untuk pengetahuan peminat blog batu Gunung Ledang ini jika dirujuk pada pakar batu permata ianya adalah dalam kategori batu aked berdasarkan ciri-ciri warna, kekerasan dan warna batu.

Batu ini diperolehi dalam bentuk ketulan dengan berat lebih kurang sekilogram. Paparan ini menunjukkan bentuk bongkah asal sehinggalah semuanya habis digunakan untuk dijadikan batu permata. Jika diperhatikan bongkah ini mempunyai satu lapisan seakan lemak yang melekat kuat dibahagian luar batu.
Untuk memperolehi batu ini teramatlah susah tetapi dengan kesabaran dan izin ALLAH swt ianya dapat diperolehi untuk peminat semua. Pun begitu stok hanyalah terhad untuk ketulan bongkah ini sahaja.

No comments:

Post a Comment