Tuesday, November 2, 2010

:: Koleksi Rare :: Permata Ikan Dalam Taman Batu Gred B- Siri 2

Taman karang dan ikan kelihatan dengan jelas


Bahagian kiri permata ialah ikan dan kanan permata taman karang


Lubang alami daripada mulut ikan


Koleksi kedua permata ikan dalam taman batu cuma yang ini bergred B- disebabkan semasa proses canaian terhasil retak didalam batu. Pun begitu taman didalamnya masih sempurna dan jika dilihat secara imbasan sepastinya seekor ikan kelihatan didalamnya. Ikan ini seperti seekor anak ikan juluk (panggilan orang Kelantan bahasa kebangsaan tak pasti pula) yang berbentuk panjang.

Saiz permata agak besar kerana dicanai mengikut panjang ikan bagi menampakkan kejelasannya. Ukuran permata adalah 30mm x 25mm x 16mm. Bagi membuktikan ianya seekor ikan paparan gambar ke4 mempunyai lubang asli iaitu mulut ikan tersebut. Subhanallah ianya sebagai bukti ciptaan ALLAH swt Yang Maha Kaya.

No comments:

Post a Comment