Tuesday, October 19, 2010

Keris Gabungan Besi Terpilih @ Keris Kepala Tok Wali







Sepatutnya keris ini dimasukkan didalam blog kami iaitu Senjata Warisan Melayu. Tetapi memandangkan ramai yang tidak menyedari akan kehadiran blog ini walaupun telah disiapkan link disebelah kanan atas blog ini jadi untuk berkongsi koleksi terpaksalah saya memaparkan disini sebagai transit untuk semua. Keris ini diperolehi dari Kelantan.

Keris ini dinamakan kami sebagai keris gabungan besi terpilih atau juga keris kepala tok wali. Ianya berlok 17 dan antara gabungan besi terpilih adalah besi 7pa (semua puting patah secara alami semasa digunakan), besi tahi bintang dan besi keris lama. Keris ini bukanlah keris antik @ purba tetapi keris yang telah dibikin @ ditempa kembali menggunakan gabungan yang telah disebutkan. Ianya sesuai sebagai pakaian diri dan boleh dibuat medium untuk perubatan. Kepala keris ini merupakan kepala tok wali yang sedang khusuk solat. Keterangan lanjut akan diberikan dalam blog yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment