Hingga kini pelbagai perbandingan telah dibuat oleh pelbagai blog bagi membuktikan sesuatu teras gemunggal itu samada asli atau tidak. Bermula daripada anak pokok hinggalah kepada permata siap. Beberapa bulan yang lepas ada beberapa peminat blog yang SMS kami meminta kami merujuk kepada satu blog yang dikenali sebagai blog teras gemunggal Tok Ayoh (rasanya dalam loghat Kelantan ni). Setelah membaca sepenuhnya kami menyokong sepenuhnya usaha Tok Ayoh ini walaupun agak terlewat bagi kami memujinya.
Semalam kami bersama seorang sahabat memasuki kampung untuk mencari teras semeru. Rupanya orang kampung (di Kelantan) juga memanggilnya dengan nama pokok kekacang ataupun pokok daun busuk. Memang senang untuk memperolehi pokok ini dan kebanyakannya boleh ditemui ditepi jalan sahaja. Setelah dipotong kami telah berusaha mencanai teras itu bersama dengan teras gemunggal pulau yang diperolehi bagi membezakannya (buat sendiri dan bukan menerima bulat-bulat daripada orang lain). Dan hasilnya adalah seperti diatas. Amat nyata perbezaan diantara keduanya. Akhir kata fikirkanlah sendiri.
No comments:
Post a Comment