Sunday, June 20, 2010

Persoalan : Betul ke batu serai tu asli?



Melekat kuat dicermin ala-ala spiderman gitu

Ramai peminat blog kayudanteras SMS saya bertanyakan bagaimana untuk mengetahui samada sesuatu batu serai itu asli atau tidak. Sebab ramai sangat yang mempunyai batu serai yang diperolehi tetapi tidak mengetahui samada ianya asli atau tidak.

Ada yang mengatakan jika diletakkan dicermin ianya akan melekat dengan kuat dan tidak jatuh (ala-ala spiderman gitu) tetapi ujian ini bagi saya tidak boleh diterima pakai sebab pernah saya mencuba batu zircon (daripada China dan Brazil) disebuah kedai emas ianya juga melekat dengan cermin. Tindakan melekat ini mungkit disebabkan permukaan permata itu rata ataupun ada yang mengatakan ianya ekoran daripada tindakbalas elektrostatik dalam istilah sains.

Oleh kerana saya bukan ahli dan tidak pernah mendapatkan sendiri batu serai ini maka persoalan ini tidak dapat saya huraikan secara ilmiah cuma cara yang paling TEPAT untuk mengenalpasti samada ianya betul-betul benar dan diambil oleh penjual atau orang yang memperolehi dengan hanya meminta mereka samada membuktikan secara fakta ataupun meminta mereka bersumpah secara Islam bahawa ianya ASLI dan BENAR. Sebab cara yang NYATA dan JELAS hanya boleh diperolehi daripada orang yang beriman dan bertakwa sahaja. Wallahualam.

Nota: Jawapan ini hanya untuk peminat blog ini dan tidak berniat untuk mempertikaikan barangan yang dijual oleh blog lain. Harap Maklum.

No comments:

Post a Comment