Sunday, May 9, 2010

Cincin Permata Bukit Pelagat "Taman Batu Karang"



Mahar RM500 (UT1 RM420)

Bukit Pelagat terletak di utara negeri Terengganu dimana ramai peminat batu permata sanggup bersusah payah untuk kesana bagi mendapatkan batu permata yang cantik. Pernah dikatakan batu permata Bukit Pelagat gred yang terelok dijumpai telah ditawarkan sehingga RM 45,000 sebiji. Sehingga kini masih ramai lagi yang berkampung disana bagi mencuba nasib untuk mendapatkan batu permata.

Koleksi batu Bukit Pelagat saya mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana sekiranya dilihat secara lansung boleh dikatakan mempunyai "Taman batu karang" didalam permata ini. Permata ini amat cerah digabungkan dengan "inclusion" Taman batu karang seolah menghidupkan corak permata ini. Keunikannya terserlah dan saiz permata ini kecil sedikit daripada syiling 20 sen. Telah diikat cincin perak dengan saiz 19.

4 comments:

  1. hello encik eidam,
    saya hurgie dari penang,utk pengetahuan saya dekat bukit pelagat ni terdapat juga clear quartz dan smoky quartz yang berkualiti tinggi , dan saya berminat utk keturan quartz yang saiz besar , sekilanya ada bekalan sebegini boleh juga berhubung dgn saya , no telefon saya 016 4421818 .


    sekian terimah kasih.
    Hurgie.

    ReplyDelete
  2. Saudara Hurgie;
    Buat masa kini saya hanya mempunyai 2 biji permata sahaja untuk dimaharkan .. untuk ketulan besar belum lagi diperolehi ..

    ReplyDelete
  3. Saudara eidam,
    Penah saya dengar daripada kawan yang berasal dari Terenganu kata terdapat ketulan quartz yang besar dan berqualiti banyak dijumpa dekat kawansan terenganu dan pahang.benar ker perkala ni ?

    ReplyDelete
  4. Saudara Hurgie;
    Jawapannya YA. Pernah ada yang menjual sebentuk permata yang diperolehi dgn hg RM45K... sekiranya ingin dalam bentuk belum canai (ketulan) sila hubungi saya bagi tujuan perbincangan. Terima kasih

    ReplyDelete