Wednesday, January 13, 2010

Cincin Istimewa - Untuk Tatapan Peminat Blog




Beberapa bulan lepas, saya telah berkesempatan dipinjamkan sebentuk cincin milik seorang tua yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Cincin ini asalnya adalah besi dan telah ditukarkan oleh pemiliknya kepada perak biasa.

Permata cincin ini adalah daripada jenis aked tetapi mempunyai keistimewaan iaitu dapat bertukar wajah pada setiap hari. Antara wajah yang pernah dipaparkan adalah bentuk kelopak bunga penuh, seekor kucing, seekor angsa, putih keseluruhan dan pelbagai lagi mengikut hari dan waktu yang tertentu.

Gambar yang dipaparkan adalah diambil pada berlainan hari dan oleh kerana hanya dipinjamkan untuk seketika gambar bagi setiap perubahan tidak dapat dikongsi bersama peminat blog. Cincin ini dikatakan pernah menjadi milik seorang Wali ALLAH dinusantara ini. Tujuan dipaparkan bukanlah untuk menunjukkan kelebihannya tetapi sebaliknya dapat untuk kita berkongsi dan berfikir akan kebesaran ALLAH swt agar kita semakin dekat dan mengenaliNya. Subhanallah atas ciptaanNya yang tidak terhingga.

No comments:

Post a Comment