
Tuesday, June 22, 2010
Monday, June 21, 2010
Permata Yakut Kuning Mekah 001 (Telah ditebus)


Permata yakut kuning Mekah ini ternyata amat menawan kalbu dimana gabungan warna kuning lembut menghasilkan "tone" warna yang jelas. Rata-rata mengetahui yakut kuning asli mempunyai nilai yang amat tinggi dipasaran namun bagi peminat blog mahar yang diberikan adalah "Mampu Milik dan Mampu Bayar" sebagaimana niat kami untuk berkongsi bersama pemberian ALLAH swt kepada kami untuk peminat blog semua. Saiz 28mm x 18mm x 4mm (syiling 20sen 23mm, syiling 50sen 27mm)
Ramai yang bertanya akan keaslian batu yakut kuning ini dan aked yaman yang dipaparkan namun secara ringkas kami hanya boleh bersaksikan ALLAH swt dan Muhammad Rasulullah saw sebagai jaminan yang kekal selamanya. InsyaALLAH akan selamat dunia akhirat.
Permata Aked Yaman Lubang @ Combong 001
Permata Aked Yaman Bunga 001


Antara koleksi aked yaman bunga daripada Mekah yang terbaik adalah sebagaimana yang dipaparkan. Mempunyai corak yang tersendiri dimana jika diperhatikan adalah menunjukkan banyak no 8 secara jelas. Warna merah darah dengan kombinasi corak bulat putih. Saiz 27mm x 20mm x 4mm (syiling 20sen 23mm, syiling 50sen 27mm)
Permata Aked Yaman Lumut Hijau (Telah ditebus)
Sunday, June 20, 2010
Persoalan : Betul ke batu serai tu asli?


Melekat kuat dicermin ala-ala spiderman gituRamai peminat blog kayudanteras SMS saya bertanyakan bagaimana untuk mengetahui samada sesuatu batu serai itu asli atau tidak. Sebab ramai sangat yang mempunyai batu serai yang diperolehi tetapi tidak mengetahui samada ianya asli atau tidak.
Ada yang mengatakan jika diletakkan dicermin ianya akan melekat dengan kuat dan tidak jatuh (ala-ala spiderman gitu) tetapi ujian ini bagi saya tidak boleh diterima pakai sebab pernah saya mencuba batu zircon (daripada China dan Brazil) disebuah kedai emas ianya juga melekat dengan cermin. Tindakan melekat ini mungkit disebabkan permukaan permata itu rata ataupun ada yang mengatakan ianya ekoran daripada tindakbalas elektrostatik dalam istilah sains.
Oleh kerana saya bukan ahli dan tidak pernah mendapatkan sendiri batu serai ini maka persoalan ini tidak dapat saya huraikan secara ilmiah cuma cara yang paling TEPAT untuk mengenalpasti samada ianya betul-betul benar dan diambil oleh penjual atau orang yang memperolehi dengan hanya meminta mereka samada membuktikan secara fakta ataupun meminta mereka bersumpah secara Islam bahawa ianya ASLI dan BENAR. Sebab cara yang NYATA dan JELAS hanya boleh diperolehi daripada orang yang beriman dan bertakwa sahaja. Wallahualam.
Nota: Jawapan ini hanya untuk peminat blog ini dan tidak berniat untuk mempertikaikan barangan yang dijual oleh blog lain. Harap Maklum.
Saturday, June 19, 2010
Koleksi Permata Aked Yaman Bunga
Friday, June 18, 2010
Thursday, June 17, 2010
Monday, June 14, 2010
Permata Yakut Kuning Mekah


Koleksi terbaru adalah permata yakut kuning yang diperolehi daripada Mekah. Ramai yang bertanyakan saya adakah kesemua permata aked yaman yang saya paparkan sememangnya berasal daripada Mekah? Adakah saya membuat urusniaga disana?
Untuk pengetahuan peminat blog permata ini kesemuanya berasal daripada Mekah dan bagaimana cara mendapatkannya itu adalah RAHSIA yang tidak dapat dinyatakan. Yang penting buat peminat blog barangan kami adalah asli untuk dimaharkan. Yakut kuning ini jika disana dikira dalam karat tetapi untuk peminat semua akan diberikan mahar istimewa (lebih kurang mahar borong). Permata ini akan dipaprkan satu persatu dalam posting akan datang. InsyaALLAH.
Sunday, June 13, 2010
Saturday, June 12, 2010
Friday, June 11, 2010
Cincin Permata Aked Yaman 2 Wajah (Telah ditebus)


Cincin perak tangkai kendi ini telah dikombinasikan dengan permata aked yaman Mekah yang mempunyai 2 wajah unik dalam satu masa. Jika diperhatikan secara biasa ianya mempunyai satu warna tetapi jika diteliti dalam cahaja rupanya ia mempunyai 2 warna yang berlainan. Justeru itu dinamakan aked yaman 2 wajah dalam satu permata.
Ada juga menamakan aked yaman ini sebagai aked yaman alif dimana jelas kelihatan huruf alif sebagai pembahagi batu. Saiz cincin adalah 22 dengan ikatan kuku U.
Thursday, June 10, 2010
Wednesday, June 9, 2010
Tulang Rusuk Ikan Duyung





Koleksi terbaru yang diperolehi adalah satu tulang rusuk ikan duyung asli (keaslian boleh dibuktikan) untuk dimaharkan dalam bentuk permata cincin. Diperolehi secara istimewa dan ini adalah sebahagian daripada sejumlah tulang seekor ikan duyong asli.
Sekiranya diizinkan ALLAH swt pada masa hadapan saya akan memaparkan bagaimana rupa bentuk fizikal ikan duyung yang belum pernah dipaparkan dimana-mana blog. Panjang saiz tulang ini lebih kurang 1.5 kaki dan buat ketika ini tulang ini dalam proses dijadikan permata cincin. Sekiranya berminat tempahan bolehlah dibuat dengan SMS kepada kami.
Tuesday, June 8, 2010
Monday, June 7, 2010
:: Masalah Teknikal ::
Sunday, June 6, 2010
Permata Aked Yaman Berlubang - Permata 2

Permata kedua jika diperhatikan membentuk paparan seolah janin didalam tubuh seorang ibu yang sedang mengandung. Maha Suci ALLAH yang mencipta dan menonjolkan kepelbagaian bentuk dan sifat bagi manusia itu befikir. Subhanallah.
Labels:
aked yaman,
aked yaman berlubang,
aked yaman combong
Saturday, June 5, 2010
Permata Aked Yaman Berlubang - Permata 1 (Telah ditebus)

Permata ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dan bagi yang mahir dalam bentuk simbol keterampilan yang dihasilkan dalam bentuk lingkaran merupakan simbol bagi kaabah. InsyaALLAH cincin akan siap dalam masa terdekat.
Labels:
aked yaman,
aked yaman berlubang,
aked yaman combong
Friday, June 4, 2010
Permata Aked Yaman Berlubang Semulajadi


Koleksi terbaru untuk dimaharkan kepada peminat blog adalah permata batu aked yaman berlubang semulajadi atau juga dikenali sebagai aked yaman combong. Permata ini berasal daripada Mekah dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Lubang @ combong adalah semulajadi dan tidak ditebuk bagi mendapatkan hasil sebagaimana paparan diatas. Buat masa kini hanya dipaparkan sebanyak 2 biji sahaja dan akan datang pelbagai jenis dan bentuk untuk peminat semua. Kedua-dua permata ini dalam proses diikat cincin dan akan siap dalam masa terdekat. InsyaALLAH.
Labels:
aked yaman,
aked yaman berlubang,
aked yaman combong
Subscribe to:
Posts (Atom)




























