Tuesday, June 22, 2010

Permata Aked Yaman Lubang @ Combong 002



Permata Aked Yaman Lubang @ Combong 002
Saiz 25mm x 19mm x 10mm (syiling 20sen 23mm, syiling 50sen 27mm)

Monday, June 21, 2010

Permata Yakut Kuning Mekah 001 (Telah ditebus)



Permata yakut kuning Mekah ini ternyata amat menawan kalbu dimana gabungan warna kuning lembut menghasilkan "tone" warna yang jelas. Rata-rata mengetahui yakut kuning asli mempunyai nilai yang amat tinggi dipasaran namun bagi peminat blog mahar yang diberikan adalah "Mampu Milik dan Mampu Bayar" sebagaimana niat kami untuk berkongsi bersama pemberian ALLAH swt kepada kami untuk peminat blog semua. Saiz 28mm x 18mm x 4mm (syiling 20sen 23mm, syiling 50sen 27mm)
Ramai yang bertanya akan keaslian batu yakut kuning ini dan aked yaman yang dipaparkan namun secara ringkas kami hanya boleh bersaksikan ALLAH swt dan Muhammad Rasulullah saw sebagai jaminan yang kekal selamanya. InsyaALLAH akan selamat dunia akhirat.

Permata Aked Yaman Lubang @ Combong 001



Permata aked yaman berlubang @ combong ini mempunyai lubang hasil kejadian semulajadi. Digabungkan dengan warna batu yang serba hitam. Saiz 23mm x 16mm x 12mm (syiling 20sen 23mm, syiling 50sen 27mm)

Permata Aked Yaman Bunga 001



Antara koleksi aked yaman bunga daripada Mekah yang terbaik adalah sebagaimana yang dipaparkan. Mempunyai corak yang tersendiri dimana jika diperhatikan adalah menunjukkan banyak no 8 secara jelas. Warna merah darah dengan kombinasi corak bulat putih. Saiz 27mm x 20mm x 4mm (syiling 20sen 23mm, syiling 50sen 27mm)

Permata Aked Yaman Lumut Hijau (Telah ditebus)




Permata ini dinamakan aked yaman lumut ekoran daripada lumut (inclusion) yang terhasil didalam batu. Teramat menarik keindahan batu aked ini. Batu ini bersaiz 25mm x 18mm x 11mm.
** Terima kasih En Sankara, Subang Jaya **

Sunday, June 20, 2010

Persoalan : Betul ke batu serai tu asli?



Melekat kuat dicermin ala-ala spiderman gitu

Ramai peminat blog kayudanteras SMS saya bertanyakan bagaimana untuk mengetahui samada sesuatu batu serai itu asli atau tidak. Sebab ramai sangat yang mempunyai batu serai yang diperolehi tetapi tidak mengetahui samada ianya asli atau tidak.

Ada yang mengatakan jika diletakkan dicermin ianya akan melekat dengan kuat dan tidak jatuh (ala-ala spiderman gitu) tetapi ujian ini bagi saya tidak boleh diterima pakai sebab pernah saya mencuba batu zircon (daripada China dan Brazil) disebuah kedai emas ianya juga melekat dengan cermin. Tindakan melekat ini mungkit disebabkan permukaan permata itu rata ataupun ada yang mengatakan ianya ekoran daripada tindakbalas elektrostatik dalam istilah sains.

Oleh kerana saya bukan ahli dan tidak pernah mendapatkan sendiri batu serai ini maka persoalan ini tidak dapat saya huraikan secara ilmiah cuma cara yang paling TEPAT untuk mengenalpasti samada ianya betul-betul benar dan diambil oleh penjual atau orang yang memperolehi dengan hanya meminta mereka samada membuktikan secara fakta ataupun meminta mereka bersumpah secara Islam bahawa ianya ASLI dan BENAR. Sebab cara yang NYATA dan JELAS hanya boleh diperolehi daripada orang yang beriman dan bertakwa sahaja. Wallahualam.

Nota: Jawapan ini hanya untuk peminat blog ini dan tidak berniat untuk mempertikaikan barangan yang dijual oleh blog lain. Harap Maklum.

Cincin Gabungan 3 Jenis




Gabungan 3 jenis batu iaitu teras gemungal jadi batu, besi kursani kuning dan tulang harimau putih jadi batu. Digabungkan dengan cincin perak tempahan khas tangkai kendi kuku crown.

Saturday, June 19, 2010

Koleksi Permata Aked Yaman Bunga


Koleksi ini dinamakan sedemikian ekoran corak di batu seakan berbentuk bunga. Ini adalah sebahagian daripada batu yang diperolehi dan gambaran bagi setiap batu akan dipamerkan dalam masa terdekat. InsyaAllah.

Friday, June 18, 2010

Permata Aked Yaman Hitam (Telah ditebus)


Permata Aked Yaman Mekah ini berwarna hitam berbelang. Mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Saiz permata adalah 21mm x 15mm x 6mm.

Thursday, June 17, 2010

Koleksi Permata Aked Yaman Berlubang @ Combong



Ini adalah koleksi aked yaman berlubang @ combong dengan pelbagai bentuk dan saiz. Paparan ini adalah secara keseluruhan dan setiap satu akan dipaparkan dalam masa terdekat.

Monday, June 14, 2010

Permata Yakut Kuning Mekah



Koleksi terbaru adalah permata yakut kuning yang diperolehi daripada Mekah. Ramai yang bertanyakan saya adakah kesemua permata aked yaman yang saya paparkan sememangnya berasal daripada Mekah? Adakah saya membuat urusniaga disana?

Untuk pengetahuan peminat blog permata ini kesemuanya berasal daripada Mekah dan bagaimana cara mendapatkannya itu adalah RAHSIA yang tidak dapat dinyatakan. Yang penting buat peminat blog barangan kami adalah asli untuk dimaharkan. Yakut kuning ini jika disana dikira dalam karat tetapi untuk peminat semua akan diberikan mahar istimewa (lebih kurang mahar borong). Permata ini akan dipaprkan satu persatu dalam posting akan datang. InsyaALLAH.

Sunday, June 13, 2010

Permata Aked Yaman No 8



Permata aked yaman daripada Mekah ini memaparkan simbol no 8 secara alami (semulajadi daripada urat batu). Bersaiz 23mm x 18mm x 10mm.

Saturday, June 12, 2010

Permata Aked Yaman Wajah Mentadak



Permata aked yaman mekah ini mempunyai bentuk seakan-akan seekor mentadak (agaknya). Apa sebenarnya gambaran permata ini hanya ALLAH swt sahaja yang tahu. Permata ini bersaiz 20mm x 16mm x 4mm.

Friday, June 11, 2010

Cincin Permata Aked Yaman 2 Wajah (Telah ditebus)



Cincin perak tangkai kendi ini telah dikombinasikan dengan permata aked yaman Mekah yang mempunyai 2 wajah unik dalam satu masa. Jika diperhatikan secara biasa ianya mempunyai satu warna tetapi jika diteliti dalam cahaja rupanya ia mempunyai 2 warna yang berlainan. Justeru itu dinamakan aked yaman 2 wajah dalam satu permata.

Ada juga menamakan aked yaman ini sebagai aked yaman alif dimana jelas kelihatan huruf alif sebagai pembahagi batu. Saiz cincin adalah 22 dengan ikatan kuku U.

Thursday, June 10, 2010

Permata Aked Yaman Mekah Jalur (Telah ditebus)




Permata ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dan hanya yang mahir sahaja akan mengetahuinya. Diperolehi secara langsung daripada Mekah (bukan melalui tauke permata sana). Permata ini buat masa ini sedang diikat cincin dan insyaALLAH akan siap dalam beberapa hari lagi.

Wednesday, June 9, 2010

Tulang Rusuk Ikan Duyung






Koleksi terbaru yang diperolehi adalah satu tulang rusuk ikan duyung asli (keaslian boleh dibuktikan) untuk dimaharkan dalam bentuk permata cincin. Diperolehi secara istimewa dan ini adalah sebahagian daripada sejumlah tulang seekor ikan duyong asli.

Sekiranya diizinkan ALLAH swt pada masa hadapan saya akan memaparkan bagaimana rupa bentuk fizikal ikan duyung yang belum pernah dipaparkan dimana-mana blog. Panjang saiz tulang ini lebih kurang 1.5 kaki dan buat ketika ini tulang ini dalam proses dijadikan permata cincin. Sekiranya berminat tempahan bolehlah dibuat dengan SMS kepada kami.

Cincin Permata Aked Yaman Berlubang - Permata 1 RM250 (Telah ditebus)



Permata aked yaman berlubang dengan simbol Kaabah digabungkan dengan cincin perak tangkai bersaiz 17.

Tuesday, June 8, 2010

Cincin Permata Aked Yaman Bentuk Mata @ Eye Agate (Telah ditebus)



Kelebihan permata aked yaman Mekah ini adalah bentuknya seakan bebola mata manusia. Oleh kerana gambaran itulah sesetengah memanggilnya aked yaman mata atau eye agate. Digabungkan dengan cincin perak tangkai kendi kuku crown bersaiz 17.
** Terima kasih En Nazri, Pahang**

Cincin Permata Aked Yaman Berlubang - Permata 2 RM250



Akhirnya siap cincin perak tempahan khas dengan permata aked yaman berlubang - permata 2. Saiz cincin adalah 18 dengan rekabentuk kuku lipan halus.

Monday, June 7, 2010

:: Masalah Teknikal ::


Buat peminat blog saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat posting barangan terbaru ekoran PC kat kampung rosak. Akan mula posting barangan terbaru bermula esok. Harap Maaf.

Sunday, June 6, 2010

Permata Aked Yaman Berlubang - Permata 2


Permata kedua jika diperhatikan membentuk paparan seolah janin didalam tubuh seorang ibu yang sedang mengandung. Maha Suci ALLAH yang mencipta dan menonjolkan kepelbagaian bentuk dan sifat bagi manusia itu befikir. Subhanallah.

Saturday, June 5, 2010

Permata Aked Yaman Berlubang - Permata 1 (Telah ditebus)


Permata ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dan bagi yang mahir dalam bentuk simbol keterampilan yang dihasilkan dalam bentuk lingkaran merupakan simbol bagi kaabah. InsyaALLAH cincin akan siap dalam masa terdekat.

Friday, June 4, 2010

Permata Aked Yaman Berlubang Semulajadi



Koleksi terbaru untuk dimaharkan kepada peminat blog adalah permata batu aked yaman berlubang semulajadi atau juga dikenali sebagai aked yaman combong. Permata ini berasal daripada Mekah dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Lubang @ combong adalah semulajadi dan tidak ditebuk bagi mendapatkan hasil sebagaimana paparan diatas. Buat masa kini hanya dipaparkan sebanyak 2 biji sahaja dan akan datang pelbagai jenis dan bentuk untuk peminat semua. Kedua-dua permata ini dalam proses diikat cincin dan akan siap dalam masa terdekat. InsyaALLAH.