
Thursday, February 24, 2011
Wednesday, February 23, 2011
:: Koleksi Terbaru dan Istimewa :: Aked Lumut Iran


Koleksi permata aked terbaru ini berasal daripada negara Iran dan dikenali sebagai aked lumut. Dikenali sedemikian kerana didalam batu aked ini mempunyai lumut hijau dan sesetengah campuran dengan lumut merah yang memenuhi ruangan dalam batu.
Melalui rujukan yang pernah dibuat antara khasiat yang pernah dikenalpasti secara saintifik tentang aked ini adalah ianya dapat meningkatkan hubungan dengan alam sekitar. Lumut Hijau membantu menghilangkan racun dalam darah dan menyeimbangkan tenaga @ energi emosional. Lumut Merah membantu membersihkan darah serta menambah stamina tubuh badan.
Buat masa ini tukang hanya sempat menyiapkan 2 biji permata sahaja dan permata yang lain akan menyusul nanti. Setiap permata yang dipaparkan diatas akan ditunjukkan secara close up bagi memudahkan peminat membuat pilihan.
Tuesday, February 22, 2011
Gelang Campuran 4 Teras Kayu (Telah ditebus)



Gelang ini diperbuat daripada 4 jenis teras iaitu teras kemuning hitam, teras damar minyak, teras gemunggal pulau, kemuning kuning dan dikelilingi dengan biji tasbih terpilih (biji tasbih kegunaan kami yang telah putus).
Gelang ini telah dijalin dengan bentuk yang istimewa (gaya kaki lipan) yang belum pernah lagi kami paparkan didalam blog ini. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
** Terima kasih En Kamaruzaman, Shah Alam **
Monday, February 21, 2011
:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Batang Pisang Benggala @ Galo Menjadi Batu



Antara koleksi menarik yang kami baru perolehi adalah batang pokok pisang benggala @ galo yang menjadi batu. Buat permulaan kami akan memaharkan bahagian ini sahaja dan akan datang jika diizinkan ALLAH swt akan dimaharkan teras pokok pisang benggala @ galo dan teras yang telah menjadi batu.
Didalam banyak-banyak pokok pisang, pokok pisang benggala @ galo lah yang mempunyai teras. Terasnya adalah berwarna hitam. Pokok pisang benggala @ galo ini juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Pokok pisang ini juga boleh digunakan dalam ujian menguji kenyakinan iman seseorang dimana seseorang yang ingin diuji hendaklah duduk betul-betul dibawah jantung pisang ini diwaktu malam (lepas jam 12 malam) dengan amalan zikir khusus. Kurang 2 jam keimanan seseorang boleh diketahui samada ianya berjaya ataupun tidak.
Koleksi ini akan diabadikan dalam bentuk permata cincin dalam masa yang terdekat untuk peminat blog yang berminat. InsyaAllah.
Sunday, February 20, 2011
:: Keindahan Koleksi Kami :: Permata Sejadah Bunian Dalam Batu Gred A+


Terima kasih diucapkan kepada penebus cincin permata sejadah bunian dalam batu yang telah sanggup berkongsi akan keindahan batu yang telah dimilikinya. Permata ini sebelumnya adalah berwarna putih kekuningan dan selepas beliau memakainya selama dua minggu permata ini telah berubah menjadi warna kemerahan secara keseluruhannya. Paparan adalah dalam bentuk asal dan sama sekali tidak diedit atau jika dilihat perubahan warna bukanlah kerana warna jari beliau. Subhanallah atas ciptaanNya.
Friday, February 18, 2011
Thursday, February 17, 2011
:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Teras Kayu Penunduk Jadi Batu






Koleksi terbaru yang diperolehi adalah teras kayu penunduk jadi batu. Teras kayu penunduk merah jadi batu ini berwarna hitam dengan rona sebagaimana dalam bentuk asal kayu. Bahagian luar seakan-akan kayu buruk yang kebiasaan dijumpai didalam hutan. Pertama kali kami melihat ianya seolah batang kayu yang tumbang cuma keadaannya telah berubah sifat menjadi batu. Jika dilihat akan keadaan batang ini ianya pasti melebihi ratusan tahun usianya.
Paparan diatas hanyalah sebahagian daripada sebatang pokok (teras) kayu penunduk jadi batu yang diperolehi. Bongkah ini didalam proses untuk dijadikan permata bagi peminat semua. InsyaAllah dalam masa terdekat akan dapat disiapkan.
Tuesday, February 15, 2011
:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Daun Buluh Dalam Batu (Teramat Rare)




Sebelum ini telah dipaparkan permata daun buluh didalam batu tanpa ikatan cincin. Bagi menampakkan akan keindahan batu ini kami telah membuat tempahan khas dengan tukang perak Kelantan yang mempunyai kepakaran didalam bidang ukiran pahat jawa tebuk. Dalam masa seminggu akhirnya siap cincin tempahan ini.
Cincin ini dibuat dengan saiz 21 memandangkan permata ini yang boleh dikatakan memanjang sedikit. Disudut kiri dan kanan cincin diletakkan permata zircon berwarna kuning. Gabungan yang sesuai dan amt menarik. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
Monday, February 14, 2011
:: Salam Maulidur Rasul SAW ::
Thursday, February 10, 2011
:: Permata Pilihan :: Permata Gabungan 3 Batu Istimewa
Wednesday, February 9, 2011
Tuesday, February 8, 2011
:: Koleksi Istimewa dan Rare :: Batu Gunung Ledang




Rata-rata SMS kami meminta kami paparkan bentuk asal batu Gunung Ledang bagi membuktikan ianya tidak diperolehi daripada mana-mana negara jiran. Untuk pengetahuan peminat blog batu Gunung Ledang ini jika dirujuk pada pakar batu permata ianya adalah dalam kategori batu aked berdasarkan ciri-ciri warna, kekerasan dan warna batu.
Batu ini diperolehi dalam bentuk ketulan dengan berat lebih kurang sekilogram. Paparan ini menunjukkan bentuk bongkah asal sehinggalah semuanya habis digunakan untuk dijadikan batu permata. Jika diperhatikan bongkah ini mempunyai satu lapisan seakan lemak yang melekat kuat dibahagian luar batu.
Untuk memperolehi batu ini teramatlah susah tetapi dengan kesabaran dan izin ALLAH swt ianya dapat diperolehi untuk peminat semua. Pun begitu stok hanyalah terhad untuk ketulan bongkah ini sahaja.
Monday, February 7, 2011
:: Koleksi Permata Baru :: Permata Batu Tok Wali Gunung Ledang (Telah ditebus)
Sunday, February 6, 2011
Friday, February 4, 2011
Thursday, February 3, 2011
Wednesday, February 2, 2011
:: Koleksi Istimewa & Rare :: Permata Sanggul Tuan Puteri Dalam Batu (Telah ditebus)





Koleksi terbaru merupakan batu istimewa yang diperolehi dengan izin ALLAH swt. Didalam batu ini terdapat sanggul tuan puteri yang terbentuk daripada rambut asal yang berwarna putih kekuningan (bukan jarum mas). Permata adalah bersaiz 29mm x 18mm x 11mm.
Koleksi istimewa dan rare ini untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Sanggul ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dan hanya bakal pemilik batu ini sahaja yang akan mengetahui rahsianya secara alami. InsyaAllah.
Nota:
Permata ini tidak sama dengan batu bertap bunian. Batu bertap bunian mempunyai perbezzan dengan batu sanggul ini. InsyaAllah sekiranya diizinkan ALLAH swt akan kami paparkan perbezaan antaranya pada masa hadapan. InsyaAllah.
** Terima kasih En Din, Selangor **
Tuesday, February 1, 2011
:: Koleksi Terbaru & Istimewa :: Batu Tok Wali Gunung Ledang



Koleksi terbaru yang diperolehi bersama dengan batu Gunung Ledang adalah batu Tok Wali. Batu Tok Wali Gunung Ledang mempunyai kelainannya yang tersendiri dari segi warna dan rona urat batu. Buat masa kini kami mempunyai 5 jenis batu Tok Wali yang diperolehi daripada 5 tempat yang berlainan didalam Malaysia. Batu ini akan diabadikan dalam bentuk permata dalam masa yang terdekat.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















