Showing posts with label aked yaman jalur. Show all posts
Showing posts with label aked yaman jalur. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Aked Yaman Jalur Mekah




Aked yaman jalur ini diperolehi daripada Mekah. Mempunyai keunikan dengan jalur berwarna sekan coklat merah diselangi dengan warna cerah putih yang tembus cahaya. Permata aked jalur sebegini amat rare berbanding aked jalur yang pernah dipaparkan kami sebelum ini.

Wednesday, February 3, 2010

Koleksi Terbaru Cincin Aked Yaman Jalur

Saya baru mendapatkan cincin aked yaman jalur yang baru disiapkan oleh tukang. Stok terbaru yang diperolehi ini terhad kepada 3 bentuk cincin sahaja. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
Sila rujuk http://cincinteraskayudanbatu.blogspot.com/ bagi maklumat setiap satu.

Tuesday, January 19, 2010

Permata Aked Yaman Jalur

Atas - Telah ditebus
Bawah - telah ditebus


Permata aked yaman jalur ini merupakan aked yaman yang dikategorikan dalam aked yaman yang sukar diperolehi. Kebiasaan yang didapati adalah aked yaman yang berwarna madu ataupun coklat juga aked yaman yang berjalur tetapi dengan kombinasi warna yang pudar. Aked yaman ini mempunyai jalur yang amat terang dan jelas dengan kombinasi pelbagai warna yang menampilkan keindahannya disamping mempunyai khasiat yang banyak.

** Terima kasih En Razali, Kajang **

** Terima kasih En Feerdaus, Senai **

Thursday, January 14, 2010

Koleksi Terbaru - Batu Aked Yaman Jalur


Untuk peminat blog, koleksi terbaru yang diperolehi adalah batu aked yaman jalur atau dalam istilah sains dipanggil "banded agate". Batu ini amat menarik jika dijadikan permata cincin ekoran kombinasi jalurnya yang memukau mata memandang. Jika di Mekah, permata batu aked yaman jalur ini akan dijual secara timbang carat oleh kerana kualitinya yang amat baik.

Pun begitu untuk peminat blog, batu ini kini didalam proses untuk dijadikan permata dan sekiranya siap akan dipaparkan didalam blog untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan mahar "MAMPU MILIK DAN MAMPU BAYAR". InsyaALLAH.