Tawaran harga borong bagi kepingan fosil teras gemunggal yang telah dipotong. Sepotong boleh memperolehi 3 biji permata bersaiz 5 sen. PM untuk tawaran harga.
Showing posts with label teras kelo. Show all posts
Showing posts with label teras kelo. Show all posts
Tuesday, May 20, 2014
Wednesday, July 24, 2013
:: Tawaran Ramadhan/Syawal :: Permata Teras Gemunggal Jadi Batu
Tawaran Ramadhan/Syawal RM130 sebiji
Permata di atas merupakan permata teras gemunggal jadi batu bersaiz 5 sen untuk dimaharkan harga tawaran istimewa sempena Ramadhan/Syawal (masa dan stok terhad).
Labels:
gemunggal,
kelo,
teras gemunggal,
teras kelo,
teras kilo
Sunday, June 30, 2013
:: Koleksi Cincin Terbaik :: Cincin Perak Permata Fosil Teras Gemunggal
Cincin perak ini merupakan buatan tukang Kelantan yang amat mahir. Cincin ini mempunyai berlian swiss sudut tepi cincin dengan kuku W. Permata merupakan fosil teras gemunggal bersaiz hampir 20sen ukuran panjang. Untuk dimaharkan dengan harga istimewa.
Thursday, February 21, 2013
:: Koleksi Permata Terbaik :: Permata Fosil Pokok Gemunggal
Permata ini merupakan fosil pokok gemunggal yang telah dicanai menjadi permata. bersaiz hampir 10 sen. Tawaran istimewa.
Tuesday, February 5, 2013
:: Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Perak ::
Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Perak
Cincin perak aloi kuku cengkam kiri kanan digabungkan dengan permata fosil teras gemunggal tertua (ada besi)
Monday, December 17, 2012
:: Terbaru :: Keychain @ Loket Teras Campur (Telah ditebus)
Teras kemuning hitam digabungkan dengan teras gemunggal pulau dalam satu bentuk samada boleh dijadikan loket atau keychain. Tawaran harga istimewa RM36 termasuk pos untuk Semenanjung Malaysia sahaja.
Labels:
teras gemunggal,
teras kelo,
Teras Kemuning Hitam
Monday, December 3, 2012
:: Untuk Perhatian En Firdaus, Kota Kinabalu :: (Telah ditebus)
Untuk Perhatian En Firdaus, Kota Kinabalu
Cincin perak pahat bunga jawa dengan kuku W digabungkan dengan permata fosil teras gemunggal.
Thursday, November 15, 2012
:: Koleksi Cincin Terbaik :: Cincin Fosil Teras Gemunggal(Telah ditebus)
Cincin perak tangkai kendi dengan ikatan kuku W digabungkan dengan permata fosil teras gemunggal terbaik. Saiz cincin adalah 17 dan saiz permata besar dari 20sen.
Friday, October 19, 2012
:: Loket Perak Fosil Teras Gemunggal :: Tawaran Istimewa (Telah ditebus)
Loket perak design crown dengan bentuk daun berlian swiss digabungkan dengan permata fosil teras gemunggal bersaiz hampir syiling 50 sen. Untuk dimaharkan dengan tawaran harga istimewa.
Labels:
buntat gemunggal,
fosil gemunggal,
teras gemunggal,
teras kelo
Friday, September 7, 2012
:: Teras Gemunggal Pulau :: Mahar Borong (Telah ditebus)
Potongan teras gemunggal pulau untuk
dimaharkan dengan harga borong. Bersaiz diameter 4.5 in dan tebal 1.3 in
(teras sahaja tidak termasuk kulit luar). Jika dijadikan permata paling
kurang 70 biji bersaiz 10 sen diperolehi.
Wednesday, September 14, 2011
:: Ikhtiar Bayi Menangis ::

3 biji telah ditebus
Biji tasbih ini telah dibuat bagi tujuan ikhtiar bayi menangis (akibat gangguan) dimana boleh diletakkan dibawah bantal kepala bayi berkenaan maupun boleh juga dibuat gelang atau rantai. Biji tasbih ini diperbuat daripada teras gemunggal pulau dan dipasak dengan besi misteri, teras beluru @ teras sintok dan fosil kemuning hitam. Mahar istimewa untuk tujuan ikhtiar ini.
** Terima kasih En Ali, KL **
Tuesday, September 6, 2011
:: Koleksi Gelang :: Gelang gabungan 14 jenis teras (Telah ditebus)



Gelang terbaru yang telah disiapkan adalah gelang gabungan 14 jenis teras yang dibentuk seperti kepala tasbih. Gelang ini merupakan gelang lain daripada yang lain yang pernah dipaparkan dan dibuat. Kombinasi teras yang telah digabungkan adalah teras kemuning emas, kemuning kunyit, teras kemuning hitam, teras akar, teras damar minyak, teras hitam arang, teras sintok @ beluru, teras keluat darah, teras gemunggal pulau, teras kayu wangi, teras asam jawa @ celagi.
** Terima kasih En Kunawan, Cheras **
** Terima kasih En Kunawan, Cheras **
Monday, August 8, 2011
:: Koleksi Terbaru dan Teramat Rare :: Batu Bertap Gemunggal (Telah ditebus)

Subhanallah di bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan ini kami telah diizinkan oleh ALLAH swt untuk memiliki barangan yang teramat rare dan sukar diperolehi. Dan disepanjang penglibatan kami didalam teras gemunggal atau pokok gemunggal yang jadi batu inilah merupakan kali pertama kami diizinkan mendapatkannya.Nama yang diberikan bukanlah direka atau sahaja bagi menarik perhatian peminat blog. Sememangnya terdapat beberapa jenis bertap didalam dunia ini dan bagi tiap tumbuhan yang berteras ianya mempunyai bertap tetapi amat sukar untuk diperolehi. Kami hanya memperolehi dalam jumlah yang sedikit dan hanya mampu dicanai bagi 3 permata sahaja.
Satu permata telah dimiliki oleh sahabat kami dan tinggal 2 untuk dimaharkan kepada peminat blog. Saiz permata lebih kurang syiling 20 sen. Tawaran mahar istimewa bagi bulan Ramadhan tetapi hanya yang berkemampuan sahaja akan memilikinya. InsyaALLAH.
** Terima kasih En Zakaria, Lumut **
Thursday, July 28, 2011
:: Koleksi Permata Baru dan Rare :: Teras Gemunggal Hitam Jadi Batu (Telah ditebus)
Tuesday, February 22, 2011
Gelang Campuran 4 Teras Kayu (Telah ditebus)



Gelang ini diperbuat daripada 4 jenis teras iaitu teras kemuning hitam, teras damar minyak, teras gemunggal pulau, kemuning kuning dan dikelilingi dengan biji tasbih terpilih (biji tasbih kegunaan kami yang telah putus).
Gelang ini telah dijalin dengan bentuk yang istimewa (gaya kaki lipan) yang belum pernah lagi kami paparkan didalam blog ini. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
** Terima kasih En Kamaruzaman, Shah Alam **
Thursday, February 10, 2011
:: Permata Pilihan :: Permata Gabungan 3 Batu Istimewa
Tuesday, February 1, 2011
Friday, January 28, 2011
:: Minyak Ikhtiar Perubatan Teras Gemunggal :: (Telah ditebus)

Minyak ini akhirnya siap setelah melalui beberapa proses pembuatan, solat hajat dan zikir. Dibuat berlainan dengan yang sebelumnya dimana ianya gabungan teras gemunggal pulau, kunyit putih, kunyit bola dan minyak bunga matahari. InsyaAllah sebagai ikhtiar kepada penyakit yang bersangkutan dengan gangguan jin, syaitan, iblis berupa sihir, santau, penyakit misteri dan sebagainya. HANYA UNTUK KEGUNAAN SAPU SAHAJA.
Dibuat dengan kaedah khusus sebagaimana kitab lama. Minyak ini juga diberikan bersama pati gabungan tersebut dan sekiranya habis boleh dimasukkan minyak lain sehingga 3 kali sahaja. InsyaAllah atas izinNya berkesan. Harga sebotol hanyalah RM10.00 (tidak termasuk belanja pos sebanyak RM5.00). Sekiranya pembelian melebih 5 botol belanja pos akan diberikan secara PERCUMA. Bagaimanapun buat masa ini terhad untuk 10 botol sahaja.
** Terima kasih En Sukor, Negeri Sembilan **
** Terima kasih En Ewan, KL **
** Terima kasih Hamba Allah, KL **
Tuesday, January 11, 2011
:: Akan Datang :: Minyak Teras Gemunggal Campuran Khas

Akan datang stok terbaru minyak teras gemunggal dengan campuran istimewa. Campuran ini merupakan brangan yang juga sukar diperolehi dan disebut didalam kitab tua melayu lama yang amat mujarab untuk ikhtiar menyembuhkan penyakit yang berkaitan saka, histeria, gangguan makhluk halus, terkena sihir/buatan orang.
Campuran yang dimaksudkan adalah kunyit putih dan juga pokok yang dikenali sebagai bola (spesis kunyit juga). Minyak ikhtiar ini hanyalah untuk KEGUNAAN LUARAN SAHAJA. InsyaAllah dalam masa terdekat ianya akan disiapkan untuk dimaharkan.
Wednesday, January 5, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)




























