Showing posts with label aked yaman biru. Show all posts
Showing posts with label aked yaman biru. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Aked Yaman Biru (Telah ditebus)



Cincin perak ukiran pahat jawa ini bersaiz 19 dengan tapak berbentuk segiempat. Digabungkan dengan aked yaman biru yang berasal dari negara Yaman. Mempunyai corak semulajadi dibahagian hujung batu.

Monday, January 31, 2011

:: Macam-macam :: Kisah Aked Yaman Biru



Rata-rata memberikan maklum balas kepada kami melalui SMS bahawa aked yaman ini tidak wujud atau batu yang dipaparkan adalah batu masak dan bukan asli. Suka kami nyatakan sekali lagi bahawa tujuan blog ini diwujudkan bagi berkongsi khazanah ALLAH swt diatas muka bumi ini tanpa berniat untuk menipu bagi mencari rezki.

Batu permata yang dipaparkan adalah asli dan diperolehi dengan cara istimewa daripada negara Yaman. Mungkin agak sukar untuk percaya kerana permata ini amat jarang atau tidak pernah langsung dilihat dikedai-kedai permata di Malaysia. Namun permata ini kebiasaanya hanya ada di timur tengah. Jika tidak percaya, cubalah peminat blog memasuki Google dengan menaip BLUE AGATE. InsyaAllah bertemulah anda dan terbukti kami tidak silap.

Bagaimanapun paparan ini hanya sempat dimuatkan dengan batu yang belum diproses dalam saiz yang kecil kerana batu ketulan besar telah dipinjamkan oleh seorang sahabat bagi tujuan semakan jenis batu dengan menggunakan alat kajian sains. InsyaAllah sekiranya kembali akan dipaparkan kepada semua dalam bentuk bongkah besar.

Wednesday, January 26, 2011

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Permata Aked Yaman Biru

Atas tengah on telah ditebus

Kami memperolehi dalam bentuk asal bongkah batu bersaiz penumbuk yang berasal daripada negara Yaman (secara istimewa dan bukan dibeli atau dikirim melalui sesiapa disana). Juga bukan merupakan batu masak sebagaimana yang banyak dijual dikebanyakan tempat (boleh diuji keasliannya). Sebagaimana yang diketahui amat jarang aked yaman biru dipaparkan didalam blog kerana kesukaran untuk memilikinya.

Sekali pandang tanpa cahaya ianya seakan batu nilam (kerana warnanya kebiruan) tetapi sekiranya dikenakan cahaya dibawah batu akan terhasillah belang aked yang asal. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Stok bukan hanya terhad kepada 3 biji yang dipaparkan diatas sahaja. Tempahan boleh dibuat bagi saiz yang berlainan atas cita rasa masing-masing.