Showing posts with label teras gemunggal. Show all posts
Showing posts with label teras gemunggal. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

:: Tawaran Harga Borong :: Fosil Teras Gemunggal


Tawaran harga borong bagi kepingan fosil teras gemunggal yang telah dipotong. Sepotong boleh memperolehi 3 biji permata bersaiz 5 sen. PM untuk tawaran harga.

Saturday, August 3, 2013

:: Tawaran Ramadhan/Syawal :: Permata Teras Gemunggal jadi Batu Saiz 50 sen

 
Tawaran Ramadhan/Syawal RM150 (tawaran biasa RM220)
Permata teras gemunggal ini bersaiz 50 sen dan untuk dimaharkan dengan harga istimewa sempena Ramadhan. Sesuai dijadikan cincin bagi yang bersiaz badan besar.

Wednesday, July 24, 2013

:: Tawaran Ramadhan/Syawal :: Permata Teras Gemunggal Jadi Batu

gemunggal, kelo, kelor
Tawaran Ramadhan/Syawal RM130 sebiji
Permata di atas merupakan permata teras gemunggal jadi batu bersaiz 5 sen untuk dimaharkan harga tawaran istimewa sempena Ramadhan/Syawal (masa dan stok terhad).

Sunday, June 30, 2013

:: Koleksi Cincin Terbaik :: Cincin Perak Permata Fosil Teras Gemunggal

Cincin perak ini merupakan buatan tukang Kelantan yang amat mahir. Cincin ini mempunyai berlian swiss sudut tepi cincin dengan kuku W. Permata merupakan fosil teras gemunggal bersaiz hampir 20sen ukuran panjang. Untuk dimaharkan dengan harga istimewa.

Wednesday, March 27, 2013

:: Untuk Dimiliki :: Loket Perak Fosil Teras Gemunggal (Telah ditebus)

 
 
Loket perak buatan tukang Kelantan ini digabungkan dengan fosil teras gemunggal untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.


Thursday, February 21, 2013

:: Koleksi Permata Terbaik :: Permata Fosil Pokok Gemunggal

 
Permata ini merupakan fosil pokok gemunggal yang telah dicanai menjadi permata. bersaiz hampir 10 sen. Tawaran istimewa.

Tuesday, February 5, 2013

:: Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Perak ::

 
Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Perak
Cincin perak aloi kuku cengkam kiri kanan digabungkan dengan permata fosil teras gemunggal tertua (ada besi)

Monday, December 17, 2012

:: Terbaru :: Keychain @ Loket Teras Campur (Telah ditebus)

Teras kemuning hitam digabungkan dengan teras gemunggal pulau dalam satu bentuk samada boleh dijadikan loket atau keychain. Tawaran harga istimewa RM36 termasuk pos untuk Semenanjung Malaysia sahaja.

Monday, December 3, 2012

:: Untuk Perhatian En Firdaus, Kota Kinabalu :: (Telah ditebus)

Untuk Perhatian En Firdaus, Kota Kinabalu
Cincin perak pahat bunga jawa dengan kuku W digabungkan dengan permata fosil teras gemunggal.

Thursday, November 15, 2012

:: Koleksi Cincin Terbaik :: Cincin Fosil Teras Gemunggal(Telah ditebus)


 

 
Cincin perak tangkai kendi dengan ikatan kuku W digabungkan dengan permata fosil teras gemunggal terbaik. Saiz cincin adalah 17 dan saiz permata besar dari 20sen.


Friday, October 19, 2012

:: Loket Perak Fosil Teras Gemunggal :: Tawaran Istimewa (Telah ditebus)

gemunggal
 
 
Loket perak design crown dengan bentuk daun berlian swiss digabungkan dengan permata fosil teras gemunggal bersaiz hampir syiling 50 sen. Untuk dimaharkan dengan tawaran harga istimewa.

Friday, September 7, 2012

:: Teras Gemunggal Pulau :: Mahar Borong (Telah ditebus)

kelo
Potongan teras gemunggal pulau untuk dimaharkan dengan harga borong. Bersaiz diameter 4.5 in dan tebal 1.3 in (teras sahaja tidak termasuk kulit luar). Jika dijadikan permata paling kurang 70 biji bersaiz 10 sen diperolehi. 

Tuesday, August 14, 2012

:: Tawaran Istimewa Ramadhan/Syawal :: Koleksi Permata 3

Fosil teras gemunggal saiz 50 sen
MT - RM160 MA - RM250
Kanan -telah ditebus


Fosil batu Tok Wali saiz 50 sen

Semua telah ditebus


Semua harga termasuk pos untuk S. Malaysia.
MT - Mahar Tawaran, MA - Mahar Asal

Monday, March 26, 2012

:: Koleksi Permata Terbaru :: Permata Fosil Gemunggal


Permata fosil gemunggal ini merupakan daripada bahagian batang pokok dan bukan daripada teras. Mempunyai warna coklat namun rona bintik asas teras gemunggal masih ada.

Wednesday, September 14, 2011

:: Ikhtiar Bayi Menangis ::


3 biji telah ditebus

Biji tasbih ini telah dibuat bagi tujuan ikhtiar bayi menangis (akibat gangguan) dimana boleh diletakkan dibawah bantal kepala bayi berkenaan maupun boleh juga dibuat gelang atau rantai. Biji tasbih ini diperbuat daripada teras gemunggal pulau dan dipasak dengan besi misteri, teras beluru @ teras sintok dan fosil kemuning hitam. Mahar istimewa untuk tujuan ikhtiar ini.
** Terima kasih En Ali, KL **

Tuesday, September 6, 2011

:: Koleksi Gelang :: Gelang gabungan 14 jenis teras (Telah ditebus)


Gelang terbaru yang telah disiapkan adalah gelang gabungan 14 jenis teras yang dibentuk seperti kepala tasbih. Gelang ini merupakan gelang lain daripada yang lain yang pernah dipaparkan dan dibuat. Kombinasi teras yang telah digabungkan adalah teras kemuning emas, kemuning kunyit, teras kemuning hitam, teras akar, teras damar minyak, teras hitam arang, teras sintok @ beluru, teras keluat darah, teras gemunggal pulau, teras kayu wangi, teras asam jawa @ celagi.
** Terima kasih En Kunawan, Cheras **


Monday, August 8, 2011

:: Koleksi Terbaru dan Teramat Rare :: Batu Bertap Gemunggal (Telah ditebus)

Subhanallah di bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan ini kami telah diizinkan oleh ALLAH swt untuk memiliki barangan yang teramat rare dan sukar diperolehi. Dan disepanjang penglibatan kami didalam teras gemunggal atau pokok gemunggal yang jadi batu inilah merupakan kali pertama kami diizinkan mendapatkannya.

Nama yang diberikan bukanlah direka atau sahaja bagi menarik perhatian peminat blog. Sememangnya terdapat beberapa jenis bertap didalam dunia ini dan bagi tiap tumbuhan yang berteras ianya mempunyai bertap tetapi amat sukar untuk diperolehi. Kami hanya memperolehi dalam jumlah yang sedikit dan hanya mampu dicanai bagi 3 permata sahaja.

Satu permata telah dimiliki oleh sahabat kami dan tinggal 2 untuk dimaharkan kepada peminat blog. Saiz permata lebih kurang syiling 20 sen. Tawaran mahar istimewa bagi bulan Ramadhan tetapi hanya yang berkemampuan sahaja akan memilikinya. InsyaALLAH.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Cheras **
** Terima kasih En Zakaria, Lumut **


Thursday, July 28, 2011

:: Koleksi Permata Baru dan Rare :: Teras Gemunggal Hitam Jadi Batu (Telah ditebus)



Permata teras gemunggal hitam tidak termasuk didalam tawaran istimewa Ramadhan kerana kami mempunyai stok yang terhad. Saiz permata adalah 22mm x 15mm x 6mm. Pun begitu tawaran diskaun masih diberikan dan sekiranya berminat sila SMS bagi mengetahui maharnya.

** Terima kasih Hamba ALLAH, KL **

Tuesday, February 22, 2011

Gelang Campuran 4 Teras Kayu (Telah ditebus)




Gelang ini diperbuat daripada 4 jenis teras iaitu teras kemuning hitam, teras damar minyak, teras gemunggal pulau, kemuning kuning dan dikelilingi dengan biji tasbih terpilih (biji tasbih kegunaan kami yang telah putus).

Gelang ini telah dijalin dengan bentuk yang istimewa (gaya kaki lipan) yang belum pernah lagi kami paparkan didalam blog ini. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
** Terima kasih En Kamaruzaman, Shah Alam **

Thursday, February 10, 2011

:: Permata Pilihan :: Permata Gabungan 3 Batu Istimewa

Permata ini merupakan gabungan 3 jenis batu iaitu teras gemunggal hitam jadi batu, teras mali jadi batu dan kekabu jadi batu. Permata bersaiz 22mm x 18mm x 12mm.