Showing posts with label khasiat gemunggal. Show all posts
Showing posts with label khasiat gemunggal. Show all posts

Wednesday, September 2, 2009

Besi Kursani - Amende tu

Besi kursani dalam istilah sains disebut sebagai "Pyrite". Terdapat dua jenis pyrite yang ditelah ditemui oleh sains iaitu pyrite mineral (batu kursani @ besi kursani tahap 2) dan pyrite besi (besi kursani tahap 1). Pyrite mineral tidak bertindakbalas dengan magnet tetapi pyrite besi bertindakbalas antara satu sama lain. Juga dikenali sebagai emas tiruan oleh kerana warna dan bentuknya seperti emas tulen.

Istilah pyrite berasal daripada perkataan Greek "purites" yang bermaksud dari api atau dalam api dan difahamkan kerana inilah ianya amat keras untuk dipotong. Dari pengalaman saya memotong besi kursani ini hampir 3 mata pemotong diperlukan untuk memotongnya kerana struktur batu dan besinya yang teramat keras. Pun begitu senang la pulak untuk dihancurkan..pakai ajer penukul..hancur terussss....

Sekadar berkongsi ilmu.....

Sunday, August 30, 2009

Fosil Teras Gemunggal/Kelor - Khasiat


X - Telah dijual

Ramai yang bertanyakan saya apakah kelebihan fosil gemunggal/kelo. Mana-mana blog tidak banyak memperkatakan akan fosil teras gemunggal/kelo. Rata-rata hanya menunjukkan permata atau fosil batu teras gemunggal sahaja. Bagi saya untuk berlaku adil sesuatu pokok kayu biasa apabila mencapai proses transformasi kepada batu maka disitulah menunjukkan kekuasaan ALLAH swt dengan menggunakan arahan sebagaimana dalam Al Quran KUN FAYAKUUN untuk manusia sejagat berfikir akan kekuasaanNya dalam mencipta sesuatu makhluk.

Teras gemunggal atau juga disebut kelor ini secara umumnya diketahui oleh semua pakar-pakar barangan mistik ataupun perubatan alternatif oleh kerana teramat bermanfaat khasiatnya terutama sebagai pendinding, pelindung dan penawar daripada syaitan/jin/makhluk halus dan juga binatang berbisa. Bahkan dikatakan boleh menjadi penawar kepada penyakit berkaitan tubuh badan seperti sakit dada, sakit sendi, batuk berdarah dengan merendamnya kedalam segelas air dengan bacaan ayat lazim dan doa kepada ALLAH swt.

Dikenali sebagai amat berkesan untuk mengubati orang yang kemasukan hantu @ histeria, mengubati keracunan serta gigitan binatang berbisa, melindungi dan melemahkan binatang berbisa seperti ular, kala jengking dsb dan juga melindungi sipemakai daripada apa-apa yang berkaitan dengan sihir yang bertujuan untuk menghancurkan si pemakai. Ada juga diantara pembeli fosil teras gemunggal ini berpengelaman kulitnya menjadi kebal. Semuanya ini dengan izin ALLAH swt (Bi izniLLAH) dan kita sebagai makhluk hanyalah berikhtiar dengan khasiatnya dan segala kelebihan itu berserahlah kepada ALLAH swt (hak milik MUTLAK ALLAH swt). Ingat!!

Sila SMS sekiranya berminat untuk memiliki permata teras gemunggal jadi batu dengan tawaran harga istimewa bulan Ramadhan.

Wallahu'alam.

Wednesday, May 27, 2009

Teras Gemunggal - Khasiat yang diberikan ALLAH swt

Mengikut kitab Tajul Muluk, teras gemunggal mempunyai 1000 jenis khasiat yang telah direkodkan didalam kitab perubatan Islam. Ianya juga disebut sebagai Raja segala kayu perubatan diatas muka bumi ini.
Dalam buku karangan Abdullah Al Qari bin Hj Salleh (2006) Ensiklopedia Herba-herba sekeliling Anda, Al Hidayah Publishers, Kuala Lumpur ada menyatakan perihal khasiat kayu ini. Antaranya:

1. Menawarkan racun/santau dalam makanan (dengan lalukan teras keatasnya {dengan izin ALLAH})
2. Menjauhkan dari terkena hikmat sihir (teras dipakai dalam bentuk cincin dan bersentuh dengan kulit {dengan izin ALLAH})

3. Menjauhkan rumah dari gangguan jin/syaitan/makhluk halus ({dengan izin ALLAH})
4. Menjauhkan/menakutkan binatang-binatang berbisa ({dengan izin ALLAH})
5. Bayi menangis yang bukan berpunca dari sakit biasa (letakkan dibawah bantal {dengan izin ALLAH})

Mengikut Pengalaman Pemilik Blog:
  1. Membuang saka atau perbuatan daripada saka
  2. Membuang susuk secara semulajadi
  3. Perubatan bagi penghisap dadah (alternatif)
  4. Penawar bagi sakit-sakit akibat perbuatan khianat orang.
  5. Menghindar gangguan makhluk halus
  6. Menghalang perbuatan khianat orang seperti santau, sihir, pukau dsbnya.
dan banyak lagi khasiat yang dinyatakan penggunaanya bermula dari akar hinggalah kepada daunnya.

Dari segi sejarahnya teras ini dikatakan sebagai sumpahan dan pantang kepada ilmu hitam. Bagaimanapun tinggi khasiatnya semua itu adalah dari ALLAH swt untuk menzahirkan akan kebesaran penciptaanNYA.
Wallahualam bissawab...