Showing posts with label buntat. Show all posts
Showing posts with label buntat. Show all posts

Wednesday, November 4, 2009

Panduan Membeli Sebarang Geliga

KEPADA PEMILIK BLOG YANG MELIHAT PANDUAN SAYA SILA BACA NOTA KAKI YANG DITULIS DIBAWAH AGAR DAPAT MENJAGA KEHARMONIAN BERBLOG SESAMA KITA.



Ramai yang SMS saya bertanyakan bagaimana untuk mengetahui samada sesuatu geliga yang dijual itu asli atau tidak. Maklumlah ramai yang menjual barangan ini mengambil kesempatan keatas pembeli samada menjual barang yang tidak asli ataupun memberikan barangan lain yang sememangnya bukan geliga. Tetapi apabila diceritakan akan keajaiban mendapatkan barangan itu maka secara langsung akan menambat hati pembeli untuk memilikinya.

Saya merujuk kepada pakar dalam menentukan keaslian sesuatu geliga dan beliau mengatakan cara paling senang untuk mengetahuinya adalah; sebagai contoh sekiranya barang itu geliga lipan, maka didalam geliga itu kebiasaannya (bukan semua) terbentuk seakan-akan anak lipan didalamnya sama juga dengan ular, labah-labah dan sebagainya. Jika terdapat seakan buih atau gelembung (lebih daripada 1) didalamnya maka itu mengesahkan ianya geliga masak...(kaca atau plastik ler..dimasak untuk membentuk rupa geliga). Selain itu boleh juga diuji dengan minyak petrol, rendamkan geliga itu dalam minyak petrol dan tengok tindakbalas yang berlaku. Sekiranya tiada tindak balas berlaku (seperti tetiba menggerutu atau terhakis dsb), maka boleh dikatakan ianya asli (ini pengesahan secara pemerhatian sahaja).
Cara keduanya (yang paling CONFIRM) ialah dengan menguji geliga itu dengan induknya, sebagai contoh jika geliga lipan maka ujilah dengan sebarang induk lipan (bermain dengannya). Sekiranya lipan itu tidak menyengat maka secara langsung boleh dikatakan ianya adalah asli. Tetapi berani cuba ke???.
Rata-rata geliga yang dibeli merupakan barangan lain yang bertujuan untuk menambah minat pembeli. Sebagai contoh yang saya tunjukkan disini ialah penggunaan gel silica yang dimasukkan dalam botol ubat, kasut, kotak dan sebagainya dari kilang bagi mengelakkan barangan daripada basah. Ramai yang tidak perasan akan hal ini sebab tidak pernah orang ambil peduli akan kehadiran gel silica ini. Kalau ada dirumah anda, cuba potong dan lihat dengan jelas..tapi ingat.. terus dibuang kerana takut anak-anak kecil memakannya..maklumlah racun.
geliga lipan


Jadi sebagai kesimpulan, carilah orang yang benar-benar tahu dan arif bagi menguji kesahihan barangan geliga ini samada secara ilmu bathin ataupun secara pemerhatian melalui pengalaman. Jangan diri anda hanya mempercayai penerangan penjual batu geliga sahaja. Janganlah jadikan diri anda diselubungi MISTERI....
Sekadar berkongsi ilmu dan panduan yang diberikan oleh orang-orang lama yang arif dan bukannya bertujuan menghentam penjual barangan PALSU. Wallahu.
Nota:
Ini hanyalah menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh peminat blog saya sendiri yang inginkan kepastian dan huraian yang saya berikan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana blog lain yang memaharkan barangan ini. Jadi pemilik blog yang memaharkan geliga lipan janganlah terasa..saya hanya sekadar berkongsi ilmu ALLAH swt yang diperolehi sahaja...jangan cepat melatah.. MasyaALLAH..

Sunday, August 30, 2009

Fosil Teras Gemunggal/Kelor - Khasiat


X - Telah dijual

Ramai yang bertanyakan saya apakah kelebihan fosil gemunggal/kelo. Mana-mana blog tidak banyak memperkatakan akan fosil teras gemunggal/kelo. Rata-rata hanya menunjukkan permata atau fosil batu teras gemunggal sahaja. Bagi saya untuk berlaku adil sesuatu pokok kayu biasa apabila mencapai proses transformasi kepada batu maka disitulah menunjukkan kekuasaan ALLAH swt dengan menggunakan arahan sebagaimana dalam Al Quran KUN FAYAKUUN untuk manusia sejagat berfikir akan kekuasaanNya dalam mencipta sesuatu makhluk.

Teras gemunggal atau juga disebut kelor ini secara umumnya diketahui oleh semua pakar-pakar barangan mistik ataupun perubatan alternatif oleh kerana teramat bermanfaat khasiatnya terutama sebagai pendinding, pelindung dan penawar daripada syaitan/jin/makhluk halus dan juga binatang berbisa. Bahkan dikatakan boleh menjadi penawar kepada penyakit berkaitan tubuh badan seperti sakit dada, sakit sendi, batuk berdarah dengan merendamnya kedalam segelas air dengan bacaan ayat lazim dan doa kepada ALLAH swt.

Dikenali sebagai amat berkesan untuk mengubati orang yang kemasukan hantu @ histeria, mengubati keracunan serta gigitan binatang berbisa, melindungi dan melemahkan binatang berbisa seperti ular, kala jengking dsb dan juga melindungi sipemakai daripada apa-apa yang berkaitan dengan sihir yang bertujuan untuk menghancurkan si pemakai. Ada juga diantara pembeli fosil teras gemunggal ini berpengelaman kulitnya menjadi kebal. Semuanya ini dengan izin ALLAH swt (Bi izniLLAH) dan kita sebagai makhluk hanyalah berikhtiar dengan khasiatnya dan segala kelebihan itu berserahlah kepada ALLAH swt (hak milik MUTLAK ALLAH swt). Ingat!!

Sila SMS sekiranya berminat untuk memiliki permata teras gemunggal jadi batu dengan tawaran harga istimewa bulan Ramadhan.

Wallahu'alam.

Thursday, August 27, 2009

Batu Leleh dan Besi Leleh: Perbandingan

Rata-rata dikalangan peminat barangan mistik tidak dapat membandingkan antara batu leleh dan besi leleh. Begitu juga dengan Batu Kursani(besi kursani tahap 2) dengan Besi Kursani (Tahap 1). Untuk bahagian pertama ini saya akan cuba membandingkan antara batu leleh dan besi leleh.

Jika dilihat secara mata kasar batu dan besi leleh hampir sama tetapi jika anda menggunakan pengamatan yang lebih, besi leleh ternyata lebih berkilat berbanding batu leleh. Untuk menguji samada ianya batu atau besi, anda hendaklah menggunakan magnet untuk mengujinya. Sekiranya besi leleh maka ianya akan bertindakbalas dengan magnet (melekat) tetapi tidak dengan besi yang lain. Kerana apa..kerana ia bersifat besi dan memang sifat alam besi sama besi tidak akan melekat.

Hendaklah ingat besi leleh akan melekat dengan magnet...bukan apa ada diantara penjual menipu dengan mencanai magnet dan dikatakannya besi leleh..macam-macam zaman sekarang..asyik menipu untuk mencari makan.

Khasiat:-
  • Dikatakan sebagai "Raja Batu Permata" oleh kebanyakan pengamal perubatan dan ahli kebatinan kerana segala khasiat yang ada pada batu permata terkandung didalamnya
  • Bertindak sebagai penghalau makhluk halus, pendinding sihir, menguatkan semangat diri ketika kecemasan dan ketakutan, didalam keadaan tertentu (fisabilillah) badan seseorang boleh menjadi kebal dan semuanya ini dengan izin ALLAH swt. Semuanya bergantung kepada qada dan qadar serta keserasian pemakai.

Untuk dimaharkan dengan harga mampu milik bagi semua peminat barangan mistik (diskaun sempena Ramadhan) iaitu :~ Batu leleh RM 60.00 dan Besi leleh RM 100.00 termasuk kos penghantaran dan hadiah percuma berupa kayu teras dan batu.

Wednesday, August 12, 2009

Pokok Gemunggal Jadi Batu


Masih ramai lagi yang tertanya-tanya betul ke permata cincin yang saya katakan gemunggal jadi batu tu asli? Biasa la..kalau tak tengok masakan hendak percaya bulat-bulat kan?

Untuk pengetahuan semua pengunjung blog, saya hanya memaparkan barang-barang yang asli sahaja dan semua barang ini diperolehi secara luar biasa oleh sumber yang tidak dapat dinyatakan oleh saya. Yang pentingnya saya jujur dan ingin memaharkan kepada semua dengan harga yang termampu dibayar disamping mengambilkira harga semasa bagi mengelakkan sahabat lain yang membuat perniagaan ini terganggu. Sebarang mahar yang dinyatakan boleh lagi dirunding tetapi SMS saya dahulu.

Untuk itu ini adalah gambar kedua dahan pokok gemunggal jadi batu untuk perhatian semua. Kalau masih tak percaya lagi SMS untuk berhubung dengan saya dan saya akan bawakan sample pokok gemunggal jadi batu untuk pengesahan.

Subhanallah.


Tuesday, July 21, 2009

Tulang Harimau Jadi Batu


Subhanallah atas ciptaanNYA yang tidak terjangkau oleh akal fikiran.

Saya ingin memaharkan tulang harimau jadi batu yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Tulang ini berasal dari sebuah gua di Semenanjung Malaysia dan lokasinya dirahsiakan oleh tuan yang menjumpai atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kelebihannya MasyaALLAH... hanya orang yang tahu sahaja dapat merasainya.

Cara pengambilannya juga amat unik dan tidak dapat dilakukan oleh kebanyakan orang biasa. Sekiranya anda berminat bolehlah menghubungi saya untuk tempahan. Gambar yang ditunjukkan adalah contoh daripada tulang harimau jadi batu koleksi sendiri.

Allahuakbar
Maklumbalas:
Kebanyakan pemilik teras tulang harimau menjadi batu ini menyatakan ia berupaya sebagai pemakaian diri, menolak sihir/santau/ilmu hitam, pendinding daripada syaitan dan makhluk halus, perubatan sakit gigi dll. Wallahu'alam