
Wednesday, January 5, 2011
Tuesday, January 4, 2011
Monday, January 3, 2011
:: Koleksi Istimewa dan TERHAD :: Permata Besi Misteri (Telah ditebus)

Permata ini dinamakan besi misteri bagi mengelakkan nama asalnya diketahui umum (ada sebab munasabah berbuat demikian). Pun begitu besi ini terdiri daripada golongan besi yang sukar diperolehi dan mempunyai khasiat yang dicari oleh peminat yang mempunyai pekerjaan berkait rapat dengan keselamatan samada polis, tentera, pegawai keselamatan, body guard dan sebagainya.
Khasiat semulajadi yang dirujuk didalam kitab tua melayu lama mengatakan ianya adalah suatu besi yang mempunyai sifat alami bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkait dengan penggunaan senjata (spesies pistol dll). Bagi mengelakkan ketaksuban dengan besi ini kami tidak akan menyatakan khasiatnya secara terperinci. Besi ini telah diuji oleh beberapa pakar bagi membuktikan akan khasiat alaminya dan hasilnya alhamdulillah AMAT berkesan dengan izin ALLAH swt.
Khasiat tambahan: besi ini secara alami boleh menawarkan sihir melibatkan besi bat siam dan sihir yang berkaitan dengannya dengan izin ALLAH swt. InsyaAllah.
** Terima kasih En Firdouz, Sarawak **
** Terima kasih En Aziz, Cheras **
Saturday, January 1, 2011
Ekspedisi Gua Keris, Dabong, Kelantan
Pemandangan Gua Keris dari jauh
Pemandangan pintu masuk gua (waktu pagi)
Pemandangan pintu masuk gua (waktu pagi)
Batu dengan proses alam berbentuk keris
Pemandangan bahagian pintu masuk kedalam guaPihak kami ingin memohon maaf diatas kelewatan membalas SMS yang telah dihantar bagi tujuan pertanyaan, tempahan dan pembayaran. Pihak kami telah mengadakan ekspedisi bermalam di Gua Keris, Dabong, Kelantan (malam 31 Dis 2010)
Alhamdulillah segala kesulitan yang dialami semasa perjalanan ke gua ini dengan izin ALLAH swt tercapai maksud dan tujuan walaupun tidak begitu lama (1 malam). Gua Keris ini amat terkenal dikalangan petapa-petapa dan juga perguruan silat bagi menamatkan pembelajaran mereka. Dinamakan Gua Keris kerana ianya mempunyai batu dipintu masuk gua yang berbentuk keris. Di gua ini mempunyai beberapa lubang gua yang lain dan terdapat kesudian tersendiri bagi tiap-tiap lubang.
Berdekatan Gua Keris terdapat beberapa gua lain yang juga amat terkenal diKelantan iaitu Gua Ikan, Gua Pagar, Gua Pacat dan Gua Kelawar.
Friday, December 31, 2010
Thursday, December 30, 2010
:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Teras Mali Jadi Batu



Posting sebelum ini memaparkan teras mali kayu manakala posting ini pula akan memaparkan teras mali menjadi batu. Paparan diatas merupakan sedikit daripada teras mali jadi batu yang diperolehi dengan izin ALLAH swt. Posting seterusnya akan memaparkan perbandingan satu sama satu antara teras mali kayu dan jadi batu sebagai pembuktian barangan yang kami paparkan adalah asli.
Wednesday, December 29, 2010
Monday, December 27, 2010
:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Teras Mali



- Pokok mali diketahui mempunyai 2 jenis iaitu mali bunga putih dan mali merah. Teras mali merupakan diantara teras yang amat sukar diperolehi dan juga dicari oleh peminat kayu teras. Kebanyakan teras yang diperolehi adalah berwarna merah.
- Mengikut kitab tua lama teras ini dari segi khasiatnya mempunyai kelebihan sedikit berbanding kayu larak salah (juga amat sukar diperolehi)
- Dalam kitab tua lama kayu mali boleh digunakan sebagai ikhtiar pagar rumah (digabungkan dengan ayat-ayat perang) dan selain itu boleh digunakan bagi menjatuhkan musuh dengan ayat-ayat tertentu
- Teras mali pula digunakan untuk melawan dan menghancurkan perbuatan sihir berupa jin, syaitan dan iblis. Selain itu ianya juga merupakan pakaian diri yang antara terbaik disamping juga menjurus kearah pelimun sebagaimana larak salah (lagi elok berbanding larak salah mengikut kitab)
Thursday, December 23, 2010
:: Koleksi Terbaik :: Permata Teras Gemunggal Hitam Jadi Batu


Dua biji permata ini untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Mahar ada diskaun sempena YES dengan "Mampu Milik dan mampu Bayar". Saiz adalah sebagaimana perbandingan dalam gambar diatas. Gambar atas diambil tanpa menggunakan flash manakala gambar bawah menggunakan flash dan jelas kelihatan bintik teras gemunggal ini. Permata ini merupakan antara kategori paling baik dalam koleksi teras gemunggal didalam blog ini.
Wednesday, December 22, 2010
:: Tawaran Istimewa :: Permata Gemunggal Jadi Batu

Permata TG1 (gambar atas)
Permata TG2 (gambar atas)
Permata TG3 (gambar atas)
Permata TG4 (gambar atas)Tawaran mahar istimewa untuk permata gemunggal jadi batu sebagaimana gambar diatas. Terdapat kepelbagaian warna dan corak dalam permata diatas. Ada diantaranya dikatakan sebagai batu aked oleh kerana warna coklat yang menyerupainya. Pun begitu gemunggal jadi batu ini tidak meninggalkan corak rona kayu dan sifat-sifat asal yang membuktikan keasliannya.
Monday, December 20, 2010
Friday, December 17, 2010
Tuesday, December 14, 2010
Friday, December 10, 2010
Thursday, December 9, 2010
:: Koleksi Rare :: Cincin Sejadah Bunian Dalam Batu Gred B (Telah ditebus)



Sebelum ini dipaparkan permata ini tanpa ikatan cincin perak. Bagi menampakkan kecantikan permata ini ianya telah digabungkan dengan cincin perak tangkai kendi dengan saiz 15. Permata ini lebarnya menyamai saiz syiling 20 sen. Cebisan kain sejadah dengan bulu kapas jelas boleh dilihat didalam batu permata ini. Amat sesuai bagi tujuan perniagaan dan kerjaya disamping fungsinya sebagai pakaian diri. Kain sejadah didalam batu ini adalah hidup dimana ianya berubah warna bergantung kepada sipemakai (niat dan tujuannya). Wallahualam.
** Terima kasih En Ibrahim, Pandan Indah **
** Terima kasih En Ibrahim, Pandan Indah **
Wednesday, December 8, 2010
:: Cincin Khas :: Cincin Kuku Suasa Teras Gemunggal Jadi Batu (Telah ditebus)




Cincin ini merupakan tempahan khas dengan bunga pahat jawa bertebuk digabungkan dengan kuku w dairpada suasa. Permata adalah teras gemunggal hitam jadi batu yang mempunyai pelbagai khasiat alami dan ini telah disahkan oleh beberapa peminat yang telah memperolehi teras gemunggal ini. Cincin bersaiz 20 dan saiz permata adalah 21mm x 18mm x 8mm. Mahar adalah ISTIMEWA sempena tahun baru Islam (terhad untuk cincin ini sahaja).
** Terima kasih En Iwan, Kuala Lumpur **
Subscribe to:
Posts (Atom)






















