Tuesday, August 4, 2009

Tempahan Saudara Izuddin Siap


Alhamdulillah tempahan ikatan cincin perak saudara Izuddin dapat disiapkan kurang dari 7 hari. 2 bentuk cincin berlainan design tetapi menggunakan corak tangkai kendi untuk tidak menunjukkan cincin terlampau besar. Upah yang dikenakan agak berpatutan.

Sila hubungi saya untuk tujuan pengambilan. Terima kasih.

Posting baru ditangguhkan



Maaf kerana posting terbaru terpaksa ditunda kerana saya terpaksa pulang ke kampung halaman di Kota Bharu akibat kematian pakcik saya ekoran sakit tua.

Sudilah sekiranya pelawat blog saya menghadiahkan Al Fatihah kepada arwah Abdul Mutalib Hassan dan semoga ruhnya ditempatkan ditempat orang-orang yang soleh.

Al Fatihah...

Thursday, July 30, 2009

Pandangan : Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Di dalam pepatah melayu ada menyebut “hanya jauhari yang mengenal manikam”. Maksudnya adalah hanya seseorang yang mahir di dalam sesuatu perkara itu sahaja yang mengetahui tentang perkara tersebut. Contohnya, hanya pembuat permata dan yang mempunyai ilmu tentangnya sahaja yang tahu menilai mana permata dan yang mana kaca. Di dalam agama Islam pula, hanya ulama iaitu seseorang yang mendalami ilmu agama sahaja yang mampu menguasai dan mentafsirkan berkenaan hukum-hakam di dalam beragama.

Terima kasih kepada saudara Waliqudus dalam memberikan komen jujur beliau (sila lihat Teras gemunggal/kelor (Untuk perhatian En Haris)) berkenaan kualiti teras gemunggal yang saya maharkan.

Alhamdulillah keatas nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH swt kepada makhlukNya.

Wednesday, July 29, 2009

Nibong Tunggal Jadi Batu (Lihat posting terbaru)



Koleksi terbaru saya adalah nibong tunggal jadi batu. Nibong tunggal batu ini diperolehi oleh sahabat saya yang dikurniakan kelebihan dapat mencari dan memperolehi apa-apa ciptaan ALLAH swt yang menjadi batu.

Ciptaan ALLAH swt bertukar menjadi batu amat susah diperolehi kecuali oleh orang yang alim dalam bidangnya apatah lagi yang kenal akan kebesaran ALLAH swt. Kalau mengikut sains sesuatu tumbuhan untuk bertukar menjadi batu atau istilah sains "fosil" ia memerlukan beribu malah jutaan tahun proses pereputan dan pertukaran dari keadaan asal ke batu.

Nibong tunggal batu ini dikatakan mempunyai kelebihan yang lebih baik daripada nibung tunggal biasa. Apa kelebihannya itu adalah milik mutlak ALLAH swt. Wallahu'alam.

Tuesday, July 28, 2009

Gelang Teras Gemunggal/Kelor (Telah Dijual)


{{ 2 gelang telah dijual }}

Ini adalah koleksi terbaru untuk
semua.. dipanggil gelang teras gemunggal/kelor. Diikat bersama batu hitam yang dinamakan batu "onyx" yang bagus untuk perjalanan darah dan terkenal dan dipercayai dapat menenangkan jiwa.


Semua batu onyx berjumlah 16 biji dan ditambah sebiji teras gemunggal/kelor bagi mendapatkan khasiat. Disamping itu ini adalah alternatif kepada sesiapa yang tidak menyukai memakai cincin..sebab gelang senang dipakai. Sesuai untuk lelaki dan perempuan dan juga boleh digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.


Stok terhad kepada 4 gelang sahaja dan harga yang ingin dimaharkan adalah RM80(tawaran permulaan) termasuk pos untuk Malaysia sahaja.

Teras Gemunggal/Kelor Kalimah (Telah ditebus)


Maha Suci ALLAH swt menciptakan sesuatu untuk membuktikan kebesaranNYA. Teras gemunggal/kelor ini mempunyai kalimah ALLAH jika diperhatikan di sudut bawah tepi bahagian kanan. Dinyatakan oleh ALLAH swt untuk kita berfikir dan merenung sejenak akan kekuasaan ALLAH swt dalam menjadikan sesuatu dengan lafaz KUN FAYAKUUN...

Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM350.00 termasuk belanja pos untuk Malaysia sahaja. Permata ini bersaiz 2.5cm panjang dan 1.8 lebar.

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

Monday, July 27, 2009

Teras Gemunggal/Kelor jadi batu

{ 1 biji telah dijual }

Koleksi terbaru adalah teras gemunggal jadi batu...Maha Suci ALLAH yang telah menjadikan pelbagai ciptaanNya dengan segala jenis keistimewaan. Subhanallah.

Teras gemunggal/kelor jadi batu ini adalah asli dan diperolehi dari sebuah gua di Semenanjung Malaysia. Orang yang memperolehinya bukan calang-calang orang yang sudah biasa dalam bab-bab meneroka gua dan hutan berseorangan.

Selain daripada kelebihan teras gemunggal/kelor yang biasa kita perolehi..teras jadi batu ini juga berguna semasa diri sendiri atau orang lain ketika sakit kepala. Dimana teras batu ini dikatakan seakan menghisap jika diletakkan ditempat sakit dan akan jatuh selepas sakit kepala hilang. Ini dinyatakan oleh seorang pembeli yang telah mendapatkan teras batu ini. Wallahu'alam.

Secara logiknya untuk mendapatkan teras gemunggal/kelor menjadi batu ini amatlah susah dan bukan semua orang boleh menjumpainya. Stok yang saya perolehi adalah terhad kepada 2 biji sahaja (saiz 1.9cm X 1.2cm) dan ingin dimaharkan dengan harga RM 200.00 termasuk pos untuk Malaysia sahaja.

Loket Teras Gemunggal (Telah dijual)

Ini adalah koleksi terbaru saya. Loket ini sesuai untuk orang perempuan dan boleh terus dipakai bersama rantai yang lain sebagai pendinding diri dari santau, sihir, pukau dan khianat orang semasa berada ditempat kerja atau dimana-mana sahaja. InsyaALLAH.

Hanya satu unit sahaja sebagai percubaan untuk kaum hawa. Harga yang ingin dimaharkan adalah RM150.00 termasuk belanja pos untuk Malaysia sahaja (Singapore/Brunei akan diberitahu kos penghantaran).

Batu Tulang Harimau (Tempahan Sdra Izuddin)


Tempahan ini dibuat oleh saudara Izuddin dan untuk perhatian beliau. Buat masa sekarang batu ini dalam proses ikat menjadi cincin.

Wednesday, July 22, 2009

Darjat Teras Gemunggal/kelo


Melalui perbincangan dengan sahabat saya dan juga pencarian menerusi internet ada mengatakan teras gemunggal/kelo mempunyai beberapa darjat dan setiap darjat mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Wallahualam.

Bermula dari darjat 1 hinggalah darjat 7 dimana darjat satu adalah yang tertinggi sekali. Bagi saya sebenarnya penilaian dibuat adalah berdasarkan kepada kepadatan dan struktur isi teras gemunggal itu sendiri dimana darjat satu mempunyai kepadatan yang paling utuh dan mempunyai warna hitam yang amat pekat seperti kemuning hitam dan mempunyai lubang atau corak rona kayu yang amat halus.


Dalam sebatang pokok gemunggal/kelo yang mempunyai teras..bahagian akar yang paling dalam sekali mempunyai darjat 1 sehinggalah kepada batang pokok yang mempunyai warna yang kemerah-merahan coklat (darjat 5 kebawah) . Usia sebatang pokok gemunggal/kelo juga mempunyai peranan dalam menghasilkan darjat. Kebanyakan darjat 3 keatas dijual melebihi harga RM600 disebabkan amat susah untuk menemuinya.

Selain itu sifat samada tenggelam dalam air atau tidak juga mempunyai peranan dalam menentukan darjat atas setiap teras gemunggal/kelo. Secara ringkasnya semua itu adalah ciptaan ALLAH swt untuk menunjukkan bahawa DIA berkuasa diatas sesuatu kejadian dan diatas setiap satu kejadian itu juga mempunyai pelbagai keistimewaan dan hanya makhluk yang dipilihNYA sahaja yang boleh merungkai rahsiaNYA untuk dimanfaatkan semua.



Tuesday, July 21, 2009

Tulang Harimau Jadi Batu


Subhanallah atas ciptaanNYA yang tidak terjangkau oleh akal fikiran.

Saya ingin memaharkan tulang harimau jadi batu yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Tulang ini berasal dari sebuah gua di Semenanjung Malaysia dan lokasinya dirahsiakan oleh tuan yang menjumpai atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kelebihannya MasyaALLAH... hanya orang yang tahu sahaja dapat merasainya.

Cara pengambilannya juga amat unik dan tidak dapat dilakukan oleh kebanyakan orang biasa. Sekiranya anda berminat bolehlah menghubungi saya untuk tempahan. Gambar yang ditunjukkan adalah contoh daripada tulang harimau jadi batu koleksi sendiri.

Allahuakbar
Maklumbalas:
Kebanyakan pemilik teras tulang harimau menjadi batu ini menyatakan ia berupaya sebagai pemakaian diri, menolak sihir/santau/ilmu hitam, pendinding daripada syaitan dan makhluk halus, perubatan sakit gigi dll. Wallahu'alam

Friday, July 17, 2009

Teras Gemunggal Kahwin (Telah dijual)

{ Status - Dijual }

Ini adalah teras gemunggal kahwin (Sulawesi dan Pulau di Terengganu) untuk perhatian En Yaakop dari Pulau Pinang. Stok terhad. Hanya ada 1 biji sahaja.

Tuesday, July 14, 2009

Sarang Ular Cinta Mani Laut

Gambar diatas menunjukkan sarang ular cinta mani laut untuk tatapan semua. Sesiapa berminat bolehlah menghubungi saya.
Inilah kebesaran ALLAH swt untuk makhlukNya berfikir.

Sunday, July 12, 2009

Petua untuk cincin teras..

Sekiranya kayu teras dijadikan cincin terlebih dahulu pastikan dengan tukang membuat cincin untuk bahagian bawah teras besentuh dengan kulit bagi mendapatkan khasiatnya. Perak, suasa, besi atau tembaga tidak menjadi masalah yang penting adalah cara mengikat dengan betul bagi mendapatkan faedah dan khasiat yang diciptakan ALLAH swt.

Paling selamat cara ikatan yang dipanggil ikat bungkus sememangnya bertepatan untuk bersentuh kulit dan elakkan ikatan kuku kambing.
Wallahualam bissawab....

Saturday, July 4, 2009

SMS terima kasih...


Maklum balas daripada pembeli permata teras gemunggal amat positif. Ada yang menyatakan kalau dahulu rumahnya terasa seram tetapi sekarang sudah tidak lagi semenjak kayu itu diletakkan di dalam rumah.

Ada yang mempelajari ilmu persilatan mengatakan dengan pemakaian cincin teras ini membuatkan pihak lawan keberatan untuk berlawan. Begitu juga gang-gang penarik kereta..kaki gaduh...yang terkena buatan orang....macam-macam cerita....

Pun begitu suka saya catatkan disini bahawa segala kelebihan itu adalah milik mutlak ALLAH swt. Janganlah pembeli mengagungkan akan kayu teras ini walaupun anda semua tahu akan kelebihannya. Penggunaan kayu teras ini adalah sebagai ikhtiar dan yang lain itu berserahlah kepada ALLAH ta'ala.


Subhanallah Walhamdulillah Allahuakbar....

Friday, July 3, 2009

Tambahan Kayu Batu Gunung Stong

Ini adalah koleksi tambahan batu permata kayu batu Gunung Stong. Terhad 3 biji sahaja. Harga tawaran adalah sama iaitu RM80 sebiji (termasuk belanja pos bagi Malaysia sahaja/Singapore atau Brunei belanja pos akan ditentukan)

Monday, June 29, 2009

Asli atau tidak...perbezaan...











Untuk perbandingan pokok sila layari laman blog sahabat saya yang juga telah membuat perbandingan di http://khasiatteras.blogspot.com.
Wallahualam bissawab...

Teras Kemuning Hitam untuk djual..


Kemuning hitam semenjak dua menjak ni amat susah untuk diperolehi. Ramai yang mencari namun untuk menjumpainya amat sukar sekali kecuali terpaksa meredah hutan belantara, bukit dan bukau. Kebanyakan yang diperolehi adalah kemuning kuning.

Saya mempunyai 2 biji kemuning hitam yang telah dibentuk permata cincin dan hendak dijualkan dengan harga RM 50 seunit (belanja pos RM5.00 untuk Malaysia sahaja). Sila hubungi sekiranya berminat..

Kenapa murah? Adakah ianya betul-betul asli?


  • Ramai yang bertanya kepada saya kenapa teras gemunggal/kelo yang dimaharkan saya boleh dikatakan murah berbanding didalam blog yang lain. Begitu juga adakah teras yang saya jual adalah betul-betul asli?

  • Bagi jawapan pertama, tujuan saya maharkan didalam blog ini adalah untuk menolong saudara/saudari sesama islam dan bukannya semata-mata mengaut keuntungan. Memang tidak dinafikan sebiji yang kecil biasanya dijual Rm1++ dan yang besar Rm3++. Apalah salahnya saya memberikan harga yang termampu dibayar oleh semua.

  • Teras yang saya maharkan semuanya adalah asli dan ini disahkan oleh kesemua tukang canai permata yang saya ketemui (di Kota Bharu, Melor dan Ampang). Teras pulau amat susah diperolehi apatah lagi yang tenggelam didalam air. Saya didalam peringkat mendapatkan gambar bagi menolong anda semua membezakan mana yang asli dan yang tidak asli kerana ramai yang saya perhatikan membeli teras yang sememangnya bukan asli...InsyaALLAH dalam masa terdekat saya akan buktikan.

Friday, June 19, 2009

Kulat Susu Harimau..

Kulat Susu Harimau jarang sekali kedengaran dizaman berteknologi sekarang ini. Kulat ini hanya terkenal suatu ketika dahulu dimana penggunaannya berhubung dengan penjagaan kesihatan dan penyembuhan pelbagai penyakit kronik.

Antara kelebihan yang ALLAH swt jadikan adalah untuk:
  • Mengubati penyakit katarak (mata)/selaput mata
  • Perancang keluarga (menjarangkan kelahiran)
  • Menghapuskan kanser (payudara dsb) peringkat permulaan (dengan menyapu kulat susu harimau ke tempat yang dibuktikan sakit) - InsyaALLAH telah terbukti.

Wallahualam bissawab..

Untuk Renungan...

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi Ulil Al Bab (orang-orang yang berakal); (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Surah Ali Imran Ayat 190 -191


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan??

Monday, June 15, 2009

Kayu Ular Cintamani Laut..


Koleksi terbaru saya juga mempunyai 2 biji kayu ular cintamani laut yang telah dibentuk menjadi cincin. Yang besar bersaiz 1.8 cm dan kecil bersaiz 1.1 cm. Warnanya kehitaman dan diselitkan dengan warna putih kekuningan seperti kulit cengkerang tiram.
Harga yang hendak dimaharkan adalah:

Besar RM 158.00 (harga tawaran baru RM120)
Kecil RM 88.00 (harga tawaran baru RM60)
Sepasang (besar dan kecil) RM 200.00 (RM150)
Harga termasuk belanja pos Malaysia sahaja.

Keunikannya ALLAH sahaja yang mengetahui..

Thursday, June 4, 2009

Teras Kayu ~ Soalan Lazim

Ramai dikalangan anda SMS atau menelepon saya bertanyakan bagaimana untuk menguji dan memastikan bahawa teras yang dibeli sememangnya mempunyai kelebihan. Maklumlah kena bayar bukan free. Soalan ni susah untuk saya jawab kerana apabila melibatkan persoalan semacam ini...kelebihan itu adalah dari ALLAH swt dan bukannya dari makhluk yang lain. Pun begitu saya banyak juga merujuk kepada orang-orang lama yang berkecimpung dalam bidang kayu ini dan jawapan yang diberikan hanyalah "Hanya manikam mengenal permata". Teras ini secara azali mempunyai kelebihan secara alami (tanpa berhubung dengan makhluk2 jin/khadam dsb).

Tentang kelebihan ..itu terserahlah kepada ALLAH swt...cuma semenjak dari dahulu sampai sekarang kelebihan kayu ini terbukti dan rahsianya hanya diberikan kepada orang-orang yang terpilih sahaja. Bagi saya, penjualan ini bukanlah soal kelebihan yang hendak dikemukakan tetapi lebih kepada mengkaji dan melihat akan kebesaran yang ALLAH swt jadikan keatas setiap makhlukNYA.

Wallahualam bissawab...

Monday, June 1, 2009

Produk terkini....

Antara kayu terbaru yang akan diiklankan adalah kayu teras gemunggal/kelo yang berasal dari Sulawesi, Indonesia. Stok hanyalah terhad kepada 5 biji sahaja. Selain itu terdapat juga kayu ular cinta mani laut dan stok terhad kepada 2 biji sahaja.

Semua hasil kayu terbaru ini masih lagi diperingkat proses mencanai menjadi permata dan dijangka akan siap dalam masa 2 minggu lagi. Imej akan dipaparkan di ruangan blog ini bagi tujuan penjualan/dimaharkan. Harga akan dinyatakan kemudian. Sesiapa berminat bolehlah menghubungi saya bagi tujuan tempahan kerana stok sememangnya amat terhad.

Untuk dikongsi sahaja....

Cincin ini berpermatakan batu permata delima daging dan mengeluarkan bintang enam sekiranya bertepatan dengan cahaya. Bukan untuk dijual dan hanya semata-mata berkongsi kejadian ALLAh swt.
(Gambar menggunakan kamera handphone Nokia e71i dan imej tak sehebat DSLR yang mahal)