Showing posts with label teras keluat darah. Show all posts
Showing posts with label teras keluat darah. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

:: Koleksi Permata Rare :: Permata Teras Keluat Darah Jadi Batu Berlubang @ Combong Alami (Telah ditebus)

 
 
Amat susah sekali untuk memperolehi fosil teras keluat namun permata ini lagi susah diperolehi kerana mempunyai lubang alami atau juga dikenali sebagai combong di bahagian tengah batu. Bagi yang mengetahui permata sebegini amat dicari bagi tujuan tertentu.

Bagi menunjukkan bahawa ianya adalah betul-betul teras keluat jadi batu kami membuat perbandingan dengan teras keluat kayu. Fosil yang asli tidak akan berubah sifat asal walapun telah menjadi batu. Sekiranya mempunyai bintik namun yang fosil juga mestilah sebegitu. Ini bagi mengelak kekeliruan kerana ada sesetengah blog yang menjual barangan fosil namun bila dibuat perbandingan tidak sama antara keduanya.

Friday, June 28, 2013

:: Koleksi Teras Kayu :: Teras Keluat Darah

C - Telah ditebus
Teras keluat darah ini diperolehi daripada hutan di Malaysia. Saiz permata yang dipaparkan adalah antara 5 sen hingga ke 10 sen. Tawaran harga istimewa RM50 sebiji termasuk pos Malaysia sahaja.

Friday, January 18, 2013

:: Koleksi Rare dan Istimewa :: Fosil Akar Keluat Darah

keluat darah
 
 
 
 
Fosil akar keluat darah ini diperolehi secara istimewa dengan izin ALLAH swt. Jika dilihat rona kayu, warna dan bintik tidak lari daripada yang kayu menunjukkan keaslian barangan ini. In Sha Allah dalam proses canai menjadi permata.

Tuesday, May 11, 2010

Akar Teras Keluat Darah Jadi Batu

Ini akar teras keluat darah yang kayu. Bandingkanlah dengan yang bawah.






Kebesaran ALLAH swt tidak dapat disangkal sekiranya seseorang manusia itu mengenal akan keagunganNya. Apa yang diinginkan oleh makhluk yang bernama INSAN akan dijadikan olehNya dengan hanya kata-kata KUN FAYAKUNN..

Alhamdulillah koleksi terbaru yang diperolehi dengan susah payah untuk dikongsi bersama peminat blog. Jika sebelum ini ramai yang bertanya saya wujudkah teras keluat jadi batu .. maka alhasilnya apa yang dipaparkan oleh gambar diatas adalah nyata. Teras keluat darah jadi batu ini adalah asli dan jika diperhatikan mempunyai rona akar kayu dan alur serta warna yang tidak ubah sebagaimana akar biasa.

Buat masa kini hanya dipaparkan sebahagian daripada akar keluat darah. InsyaALLAH jika diizinkan akan dipaparkan kepada peminat semua dalam bentuk asal yang besar. Batu ini dalam proses dijadikan permata cincin untuk peminat blog.