Showing posts with label teras keluat. Show all posts
Showing posts with label teras keluat. Show all posts

Friday, January 18, 2013

:: Koleksi Rare dan Istimewa :: Fosil Akar Keluat Darah

keluat darah
 
 
 
 
Fosil akar keluat darah ini diperolehi secara istimewa dengan izin ALLAH swt. Jika dilihat rona kayu, warna dan bintik tidak lari daripada yang kayu menunjukkan keaslian barangan ini. In Sha Allah dalam proses canai menjadi permata.

Tuesday, May 11, 2010

Akar Teras Keluat Darah Jadi Batu

Ini akar teras keluat darah yang kayu. Bandingkanlah dengan yang bawah.






Kebesaran ALLAH swt tidak dapat disangkal sekiranya seseorang manusia itu mengenal akan keagunganNya. Apa yang diinginkan oleh makhluk yang bernama INSAN akan dijadikan olehNya dengan hanya kata-kata KUN FAYAKUNN..

Alhamdulillah koleksi terbaru yang diperolehi dengan susah payah untuk dikongsi bersama peminat blog. Jika sebelum ini ramai yang bertanya saya wujudkah teras keluat jadi batu .. maka alhasilnya apa yang dipaparkan oleh gambar diatas adalah nyata. Teras keluat darah jadi batu ini adalah asli dan jika diperhatikan mempunyai rona akar kayu dan alur serta warna yang tidak ubah sebagaimana akar biasa.

Buat masa kini hanya dipaparkan sebahagian daripada akar keluat darah. InsyaALLAH jika diizinkan akan dipaparkan kepada peminat semua dalam bentuk asal yang besar. Batu ini dalam proses dijadikan permata cincin untuk peminat blog.

Thursday, December 31, 2009

Teras Akar Keluat



Pernah suatu ketika dahulu saya mengikuti seorang sahabat mencari akar kayu disebuah hutan di Pahang. Nak dijadikan cerita saya telah menemui akar pokok keluat dan bila dipotong akarnya ternyata mempunyai teras tetapi sayangnya masih belum cukup sempurna dan akhirnya saya meninggalkannya ditempat asal ditemui. Mungkin 3 - 4 tahun lagi matanglah terasnya dan jika dipanjangkan umur dan akar masih disitu InsyaALLAH saya akan kembali mengambilnya untuk dikongsi bersama. Mengikut sahabat saya terdapat 2 jenis teras keluat iaitu teras keluat berwarna hitam dan satu jenis lagi teras keluat berdarah (warna merah macam darah). Kedua-duanya boleh dikatakan bukan senang untuk ditemui.

Antara khasiat yang selalu diperkatakan tentang teras keluat ini adalah untuk ketahanan kulit sehingga kebanyakan peninju tomoi akan mengamalkan minuman air teras akar keluat disamping menjadikannya sebagai cincin dan ada juga meletakkan atau menyapu kepada taji ayam laga bagi menguatkan ayam lagaan mereka. Selain itu tidak banyak yang diketahui tentang teras keluat ini. Apa yang saya perolehi teras ini juga boleh digunakan bagi tujuan memasung makhluk halus (bagi pengamal perubatan yang mahir) dan selain itu juga boleh digunakan untuk melegakan sakit urat. Kekadang saya berfikir la jugak agak-agaknya ada tak teras keluat menjadi batu yer?