Showing posts with label gemunggal batu. Show all posts
Showing posts with label gemunggal batu. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

Permata Loket Gemunggal Batu (Telah ditebus)



Untuk perhatian En Salahuddin, Sarawak

Permata bagi loket teras gemunggal jadi batu koleksi terbaru. Permata ini dalam proses diikat perak dan insyaAllah dalam beberapa hari lagi akan siap.

Monday, July 19, 2010

Gemunggal Jadi Batu : Koleksi Terbaru







Agak sibuk kebelakangan ini dengan pelbagai hal namun masih sempat lagi diizinkan ALLAH swt untuk berkongsi dengan peminat semua barangan yang sukar diperolehi, pelik, mistik, tidak masuk akal dsbnya tetapi jika telah diberikan rezeki untuk memilikinya insya Allah tetap jua diberikan barangan itu.

Koleksi ini merupakan sebahagian (seketul) daripada pokok gemunggal jadi batu. Cuma kelainan koleksi ini adalah pokok yang agak lama ini telah ditumbuhi lumut hijau namun dengan izin ALLAH swt dengan lumut-lumut hijau itu juga telah menjadi batu. Maha Suci ALLAH yang telah menzahirkan akan kekuasaanNya dalam bentuk koleksi ini. Batu ini dalam proses diabadikan dalam bentuk batu permata dan loket. Terdapat kelainan dalam batu permata yang siap berbanding dengan koleksi sebelum ini. InsyaALLAH dalam beberapa hari lagi siaplah untuk tatapan peminat blog semua.

Sunday, June 20, 2010

Cincin Gabungan 3 Jenis




Gabungan 3 jenis batu iaitu teras gemungal jadi batu, besi kursani kuning dan tulang harimau putih jadi batu. Digabungkan dengan cincin perak tempahan khas tangkai kendi kuku crown.

Wednesday, October 14, 2009

Teras Gemunggal Jadi Batu (Belum canai)


Ramai yang bertanyakan samada saya ada memaharkan teras gemunggal jadi batu yang mentah @ belum dicanai untuk dibeli oleh peminat yang bertujuan untuk menjalankan perniagaan menjual batu permata teras gemunggal jadi batu.

Atas permintaan itu saya ingin memaharkan sedikit daripada koleksi teras gemunggal jadi batu yang saya miliki untuk tujuan tersebut. Seketul teras gemunggal jadi batu ini boleh dicanai menjadi paling kurang 20 biji permata saiz L. Mahar yang diberikan adalah istimewa untuk penjual mendapatkan keuntungan peribadi. Sila SMS saya bagi tujuan mahar. Buat masa ini saya hanya ingin memaharkan 3 ketul yang telah dipilih bagi tujuan tersebut. Baki yang lain adalah untuk tujuan mahar peribadi kepada peminat blog kayudanteras.