Showing posts with label Teras Gemunggal jadi batu. Show all posts
Showing posts with label Teras Gemunggal jadi batu. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Permata Teras Gemunggal Jadi Batu Segiempat




Permata teras gemunggal jadi batu ini dicanai dalam bentuk segiempat. Mempunyai keunikan kerana sekali pandang semacam batu aked. Rata-rata sahabat kami ditunjukkan permata ini semuanya mengatakan ianya batu aked dan setelah ditunjukkan bongkah teras gemunggal jadi batu yang dipotong darinya semua terkejut seakan tak percaya. Mempunyai keunikannya yang tersendiri dan lain daripada yang lain. Bersaiz lebih kurang 50 sen.

Monday, July 19, 2010

Gemunggal Jadi Batu : Koleksi Terbaru







Agak sibuk kebelakangan ini dengan pelbagai hal namun masih sempat lagi diizinkan ALLAH swt untuk berkongsi dengan peminat semua barangan yang sukar diperolehi, pelik, mistik, tidak masuk akal dsbnya tetapi jika telah diberikan rezeki untuk memilikinya insya Allah tetap jua diberikan barangan itu.

Koleksi ini merupakan sebahagian (seketul) daripada pokok gemunggal jadi batu. Cuma kelainan koleksi ini adalah pokok yang agak lama ini telah ditumbuhi lumut hijau namun dengan izin ALLAH swt dengan lumut-lumut hijau itu juga telah menjadi batu. Maha Suci ALLAH yang telah menzahirkan akan kekuasaanNya dalam bentuk koleksi ini. Batu ini dalam proses diabadikan dalam bentuk batu permata dan loket. Terdapat kelainan dalam batu permata yang siap berbanding dengan koleksi sebelum ini. InsyaALLAH dalam beberapa hari lagi siaplah untuk tatapan peminat blog semua.

Friday, July 16, 2010

Permata Teras Gemunggal jadi Batu



Permata koleksi teras gemunggal jadi batu yang berwarna coklat gelap dan putih. kepelbagaian warna adalah bergantung kepada tempat batu itu dipotong dan dicanai sebelum permata siap.

Thursday, December 24, 2009

Teras Gemunggal Jadi Batu Berpasak



Teras gemunggal jadi batu berpasak dengan besi kursani tahap 1 dan batu leleh ini untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Bersaiz M tanpa ikatan cincin. Sila SMS jika berminat.

Monday, November 23, 2009

Cincin Teras Gemunggal jadi Batu (Telah ditebus)



Cincin perak dengan permata teras gemunggal jadi batu bersaiz 18 dengan ikatan tangkai kendi kuku jarang untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Sila SMS.
** Terima kasih Hamba Allah, Kota Bharu **

Tuesday, November 3, 2009

Teras Gemunggal Jadi Batu Untuk Dimaharkan




Sekiranya posting sebelum ini ingin memaharkan teras gemunggal pulau, posting terbaru ini pula ingin memaharkan teras gemunggal jadi batu yang telah saya miliki beberapa bulan yang lalu.

Berat teras gemunggal jadi batu ini adalah 7kg. Manakala ukurannya ialah 8 in lebar, 7.5 in tinggi dan 5 in diameter teras. Amat sesuai untuk dijadikan permata cincin (paling sikit boleh dapat 2000 permata). Sila SMS sekiranya berminat untuk pindah milik.