Friday, October 15, 2010

:: Sudut Ilmu :: Rupanya Batu Opal Queensland





Sebelum ini pernah kami paparkan koleksi batu opal milik kami yang diperolehi secara istimewa didasar laut dalam di Malaysia ini. Setelah mengkaji dan berhubung dengan pakar batu opal Australia maka akhirnya kami dapat mengetahui opal yang diperolehi kami adalah dalam spesis yang dipanggil "boulder opal" dimana kualitinya bawah sedikit berbanding black opal. Mengikut beliau ianya banyak diperolehi di Queensland, Australia tapi bagaimanapun kami hanya menemuinya didasar lautan di pantai timur Malaysia. Stok masih ada untuk dimiliki.

Dalam sebuah blog mengatakan:
"Boulder opal is the term used to describe precious opal that has formed as part of ironstone boulders by impregnating the boulder and in-filling cavities and cracks (either partially or fully). "

Peminat boleh merujuk:

Thursday, October 14, 2010

:: Edisi Terhad :: Nibung Tunggal Jadi Batu







Permata nibung tunggal jadi batu ini terhad kepada 4 biji sebagaimana paparan diatas. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Wednesday, October 13, 2010

Permata Teras Gemunggal Jadi Batu Segiempat




Permata teras gemunggal jadi batu ini dicanai dalam bentuk segiempat. Mempunyai keunikan kerana sekali pandang semacam batu aked. Rata-rata sahabat kami ditunjukkan permata ini semuanya mengatakan ianya batu aked dan setelah ditunjukkan bongkah teras gemunggal jadi batu yang dipotong darinya semua terkejut seakan tak percaya. Mempunyai keunikannya yang tersendiri dan lain daripada yang lain. Bersaiz lebih kurang 50 sen.

Tuesday, October 12, 2010

:: Edisi Terhad :: Permata Besi Leleh Jalur Berpusar No2 (Telah ditebus)





Besi leleh jalur berpusar edisi terhad ini bersaiz 27mm x 20mm x 8mm (saiz XL). Mempunyai pantulan cahaya kuning emas disesetengah bahagian pusar yang membentuk bulat.
** Terima kasih En Jalaluddin, Selangor **

Monday, October 11, 2010

Loket Teras Gemunggal Pulau




Loket 1 telah ditebus
Loket 2 "on hold"

Loket teras gemunggal pulau yang telah sempat disiapkan oleh tukang perak. Terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya. Loket 2 dan 3 dipasak mani gajah jadi batu dan kain cindai tuan puteri.
** Terima kasih Pn Mariam, Keramat Permai **

Thursday, October 7, 2010

Permata Batu Bulu @ Benang Sejadah Bunian Close Up P2



Paparan bagi gambar close up permata P2. Permata ini bersaiz 23mm x 18mm x 13mm. Permata ini mempunyai hampir 86% bulu benang sejadah bunian didalamnya.

Permata Batu Bulu @ Benang Sejadah Bunian Close Up P1 (Telah ditebus)




Ini adalah paparan close up bagi permata batu bulu sejadah bunian yang ditandakan sebagai P1. Permata ini bersaiz 19mm x 16mm x 10mm. Permata ini mempunyai kejelasan air batu yang jernih dengan kelihatan bulu sejadah didalamnya.
** Terima kasih En Sukor, Negeri Sembilan **

Permata Batu Bulu @ Benang Sejadah Bunian (Stok Baru)


Permata ini baru disiapkan oleh tukang canai permata untuk dipaparkan kepada peminat blog. Buat masa ini terhad kepada 2 biji sahaja sebagaimana paparan diatas. Setiap satu permata akan dipaparkan dengan ukuran saiz dan gambar "close up" dalam masa terdekat. InsyaAllah. Sekiranya berminat sila SMS bagi menebus permata (P1 atau P2)yang terhad ini.

Wednesday, October 6, 2010

:: Edisi Terhad :: Permata Besi Leleh Jalur Berpusar No1




Permata ini merupakan besi leleh jalur dengan bentuk pusaran seakan kelopak bunga. Sebelum ini pelbagai bentuk besi leleh jalur dipaparkan seperti bentuk seolah simbol kaabah, bentuk pusaran bulat seakan peta topo dan sebagainya. Permata ini jika diperhatikan secara live akan menampakkan suatu warna seakan batu cindai emas yang mempunyai reflex terhadap cahaya.

Tuesday, October 5, 2010

Permata Batu Fairuz Hijau Tua Corak Daun (telah ditebus)




Permata batu fairus ini amatlah unik dimana tidak menyamai batu fairuz yang kebiasaannya berada dipasaran iaitu warna turqouise. batu ini berwarna hijau pekat dengan corak seakan-akan daun cukup jelas kelihatan. Paparan ketiga @ bawah sekali menunjukkan bahagian bawah batu permata tersebut. Untuk dimaharkan batu permata sahaja kepada sesiapa yang berminat.

Sunday, October 3, 2010

Permata Batu Marjan Merah



Kanan "on hold"

Batu marjan merah in terhad kepada 2 biji sahaja. Saiz adalah sebagaimana gambar diatas dan paparan bawah sekali menunjukkan batu karang (coral) berwarna oren sebagai perbandingan sifat-sifat karang yang kebiasaannya didalam laut. Gambar diatas adalah permata sebelum dipolish lagi kelihatan warna kelabu menunjukkan permata dalam proses penggunaan debu berlian bagi mengilatkan permata.

Thursday, September 30, 2010

Permata Tanduk Kambing Gurun Jadi Batu



Permata tanduk kambing gurun jadi batu ini berbentuk segiempat tepat dengan panjang saiz syilling 20 sen. Sesuai untuk dijadikan cincin bagi sesiapa yang berminat dengan b entuk segiempat dengan mahar mampu milik.

Tuesday, September 28, 2010

Permata Batu Bulu Emas Burung Cenderawasih Gred A (Telah ditebus)







Permata ini mempunyai inclusion bulu burung cenderawasih yang berwarna emas didalam batu yang diperolehi secara istimewa. Inclusion ini boleh dilihat secara jelas dan boleh diuji sekiranya berminat. Bersaiz syilling 20 sen dengan kejernihan air batu dan dicanai dengan cukup sempurna (tiada retak). Sila SMS sekiranya berminat.
** Terima kasih En Nazri, KL **

Monday, September 27, 2010

Cincin Jarum Mas Perang Gred A



Cincin perak dililit berlian swiss ini bertatahkan permata batu jarum mas perang gred A. Inclusion yang ditonjolkan amat menarik dengan susunan yang menarik seakan rumpun buluh.

Saturday, September 25, 2010

Close Up Cincin Batu Sejadah Bunian Gred A+





Untuk tatapan peminat blog gambar yang diambil secara close up bagi melihat inclusion (cebisan sejadah bunian) didalam batu yang diperolehi. Subhanallah.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Selangor **